Skip to main content

Budaya Popular

Tiada Penyingkiran, Rezeki Titans Mara Ke Separuh Akhir MLS

mls22.jpg
Minggu kelapan Muzikal Lawak Superstar (MLS) menyaksikan tiada penyingkiran dan enam kumpulan berjaya mara ke peringkat separuh akhir Jumaat depan.
 
Rezeki berpihak kepada TITANS yang mendapat peratusan markah terendah iaitu 33.18%.
 
Manakala UNI pula berada ditangga teratas dengan peratusan markah sebanyak 57.27%.
 
Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie manakala 50% lagi adalah undian.
 
Di sini Gempak senaraikan markah penuh yang diperolehi oleh sembilan bintang mengikut susunan paling tinggi.
 
1. UNI: 57.27%
2. JBORN: 55.25%
3. VOICES: 54.84%
4. BOTAK 43.29%
5. NEWBOH: 39.21%
6. TITANS: 33.18%
 
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
 
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
 
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com
 

Must-Watch Video

Advertisement