Skip to main content

Budaya Popular

Top, Junsu Bakal Berkhidmat Di Jabatan Polis Seoul dan Gyeongi

top-junsu.jpg
Anggota kumpulan Big Bang dan JYJ iaitu TOP dan Junsu dikhabarkan telah diterima untuk berkhidmat sebagai anggota polis.

TOP telah diterima untuk berkhidmat di Jabatan Polis Daerah Seoul manakala Junsu akan berkhidmat di Jabatan Polis Daerah Gyeongi.

Kedua-dua mereka akan menamatkan latihan pada November 2018.

Semalam (Rabu), foto TOP dan Junsu yang lengkap beruniform tentera telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

Kedua-dua mereka merakamkan gambar bersama anggota tentera lain selepas mula mendaftarkan diri untuk berkhidmat dalam pasukan tentera pada 9 Februari lalu.

Mereka akan mengikuti latihan asas di kem yang sama selama empat minggu.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video