HIBURAN
Trending Twitter: Larangan Rentas Daerah PKPB, Kisah Ayah Long & Anwar Ibrahim Menghadap YDPA Esok?
Platform media sosial, Twitter hari ini dimeriahkan dengan pelbagai ciapan (tweet) mengenai situasi COVID-19 di Malaysia dan juga beberapa isu viral lain.
Berdasarkan pemerhatian Gempak, antara yang ‘panas’ sejak malam tadi adalah posting berkaitan seorang warga emas, Wan Nordin Wan Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ayah Long.
Jika sebelum ini kecoh mengenai satu ciapan memaparkan peraturan Ayah Long yang ditafsirkan seolah-olah merendahkkan martabat wanita, hari ini satu lagi kisah berkaitannya viral di Twitter.

Kali ini individu yang bertanggungjawab menimbulkan isu berkenaan tampil memberi penjelasan sebenar.
Menurut pemuda tersebut, dia tidak berniat untuk menyentuh martabat wanita sebaliknya hanya berkongsi pengalaman menjadi tetamu bapa saudaranya.
Rata-rata netizen berdebat mengenai isu berkenaan dan kebanyakannya memberi nasihat supaya setiap posting dibuat haruslah jelas bagi mengelak salah faham dan fitnah.
SEBARKAN MACAM FITNAH!!!#AyahLong bukan seorang yang penggoyang kaki dan isteri buat semua. Beliau merupakan Wali Hakim dan juga petani dan penternak untuk mencari nafkah keluarga. Dengarkan apa pesanannya."Zaman sekarang nak mencari anak soleh ibarat mencari gagak putih!" pic.twitter.com/10oc3OXa8I— وان عبدالله يسري (@wanyusri16) October 11, 2020
Selain Ayah Long, antara yang turut diperkatakan netizen adalah mengenai langkah Presiden PKR Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk menjelaskan sokongan diterimanya dalam usaha membentuk kerajaan baharu.
Esok, Selasa 13 Oktober 2020, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak terutama penyokong Anwar.
Adakah 13 Oktober bakal menjadi tragedi buat Anwar atau merupakan hari penuh sejarah buat beliau yang telah lama menanti untuk diangkat sebagai perdana menteri? Sama-sama kita saksikan!
Sehingga artikel ini ditulis sebanyak 13,000 ciapan berkaitan Anwar.

Sementara itu, topik berkaitan Myvi juga masih ‘panas’ di Twitter.
Semuanya gara-gara kes pemandu Perodua Myvi wanita yang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, kelmarin hingga menyebabkan seorang lelaki meninggal dunia.
Rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati apabila pemandu berusia 23 tahun itu positif dadah, tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan dipercayai sudah tamat tempoh.
Sebanyakk 33,000 ciapan berkaitan Myvi.
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) October 10, 2020Selain itu, sejak jam 4.30 tadi, laman Twitter terus 'dibanjiri' dengan isu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.
Larangan merentas daerah antara perkara yang menjadi topik 'panas' diperkatakan warga Twitter.Gambar: Twitter, Astro Awani

Must-Watch Video