Skip to main content

Budaya Popular

“Tunggu Reda, Waktu Itu Terpulang Pada Rakyat Memilih Kerajaan Mana Yang...” - PM

f04651aa-f908-4417-9b07-5dddc56f8ea0.jpeg

Tiada Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK) sepanjang tempoh darurat sehingga 1 Ogos ini.

Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas darurat yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Advertisement

Menurut Muhyiddin, beliau tidak berniat untuk mengadakan sebarang pilihan raya dalam tempoh terdekat.

Malah, menurut beliau, keutamaannya kini adalah pandemik Covid-19.

"Keputusan ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip maqasid syariah iaitu menjaga nyawa. 

“Dalam konteks ini adalah menjadi kewajiban saya sebagai ketua kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi saudara daripada jangkitan Covid-19.

"Ini adalah kemaslahatan paling utama yang dituntut agama Islam,” katanya.

Walaubagaimanapun, Muhyiddin turut menjelaskan bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat untuk diadakan.

“Pada waktu itu terpulang kepada rakyat memilih kerajaan mana yang layak mentadbir negara dan menjaga kebajikan sedara sekalian,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

BACA: Agong Perkenan Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos, Seru Rakyat Patuh SOP

 

 

Must-Watch Video