gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
The Experts: 5 Tanda Awal Buah Pinggang Bermasalah, Ramai Tak Sedar Tubuh Sedang “Menjerit”
HIBURAN
Syed Saddiq Komited Derma 100 Peratus Bayaran Kempen Produk Wawa Untuk Rakyat Muar - "Niat Saya Untuk Kebajikan"
VIRAL
Perjumpaan G*y Di Kelantan: Tiga Didenda RM11,000 Miliki Gambar, Video Lucah Sejenis
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ujian Hebat Buat Silah, Anak Sulung Meninggal Dunia Sehari Sebelum Konsert

Ahmad Shah
Ahmad Shah
14/04/2016
03:45 MYT
Sponsor Banner
Ujian Hebat Buat Silah, Anak Sulung Meninggal Dunia Sehari Sebelum Konsert
Mungkin persembahannya kelihatan bertenaga, namun ramai yang tidak tahu, Silah kehilangan anak sulungnya sehari sebelum konsert separuh akhir Kilauan Emas Otai berlangsung.
Silah ketika ditemui Astro Gempak berkata, Allahyarham anak sulungnya, Mohd Faisal meninggal dunia pada petang Selasa.
"Saya terkejut selepas dimaklumkan oleh isteri yang anak saya sudah tidak ada. Saya berada di Kuala Lumpur semalam (Selasa) kerana menghadiri latihan sebelum konsert hari ini (Rabu).
"Saya bergegas pulang ke Kota Tinggi, Johor untuk 'bertemu' anak saya buat kali terakhir dan selesaikan semua urusan di sana," katanya.
Menurut Silah yang juga peniaga ikan bakar ini, dia mengambil keputusan untuk menarik diri, tetapi niat tersebut dihalang oleh isteri.
"Kata isteri saya, kita sudah 'berjanji' dan tanggungjawab tersebut perlu diselesaikan. Saya teruskan juga persembahan saya di konsert separuh akhir, walaupun berat hati.
"Saya berperang dengan emosi ketika berada di atas pentas. Saya redha kehilangan anak sulung yang juga tulang belakang keluarga saya.
"Arwah anak yang baik dan dia juga selalu membantu saya dan isteri untuk menyara keluarga kami.
"Hari ini saya kuat kerana bawa bersama semangat anak saya. Saya tunaikan hasrat dia yang mahu lihat saya beraksi di pentas ini sehingga ke konsert final, namun rezeki saya terhenti pada malam ini," ceritanya sayu.
Tambahnya lagi, dia sebak ketika teringatkan arwah yang sempat menyebut perkataan 'ayah' ketika tersedar dari komanya baru-baru ini.
"Dia sedar dari koma, tetapi hanya seketika. Perkataan pertama yang keluar dari mulutnya ialah 'ayah'," katanya sebak.
Mohd Faisal terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis lalu dan koma selama satu minggu sebelum meninggal dunia pada jam 4 petang, Selasa.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Topic Berkaitan
#Kilauan Emas Otai
#Silah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement