Skip to main content

Budaya Popular

[VIDEO] "What Do You Expect Me To Do? Kecam? Ketawa? Haha Padan Muka?" - Bella Astillah Buka Mulut, Respon Isu Tatu Aliff Aziz

bellaulastatoo.jpg
Bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah menegaskan ibu bapanya tidak pernah mengajarnya untuk ketawa apabila melihat penderitaan orang lain.

Memuat naik lapan video penjelasan di ruangan Instagram Stories mengenai isu yang kini berlaku terhadap Aliff, Bella merasakan tiada salahnya jika dia memberikan kata-kata semangat kepada bekas suami.


"Hai, Assalamualaikum... Saya rasa tak sihat... Okay tadi saya baru je block satu komen ni, dia cakap, eee peninglah kau ni Bella...

"Apa yang dia cakap eh, Bella ni pelupa... (komen mengenai isu Aliff)

"Macam ni... Ya Allah, Bella post tu pun salah ke? Macam mana eh? Pada Bella tak salah untuk kita bagi kata-kata semangat... 

"What do you expect me to do? You want me to kecam ke? You want me to ketawa ke... Haha padan muka?

"Astaghfirullahahadzim... No... Mama dengan ayah Bella tak besarkan Bella  untuk ketawa dengan penderitaan orang lain.

"Ya Allah, Bella rasa macam... Kenapa? You suka ke tengok orang lain jatuh? Tengok orang lain... I tak tahu...

"Tapi kalau korang, bukan semua, ada segelintir, kalau anda tengok video Aliff, dan anda macam tak ada perasaan, atau pun anda gembira atau pun anda rasa ia kelakar, I tak tahu. Sebab kalau anda tanya Bella, Bella ada perasaan," jelas Bella.

Tambah Bella, tiada salahnya jika semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk bekas suaminya.

"Bella sangat sedih untuk tengok apa yang jadi kepada Aliff. Sebabnya, kita tak akan tahu... Kita ke, keturunan kita ke, atau kawan-kawan dekat kita, boleh jadi benda yang sama.

"Jadi, apa salahnya kita doakan yang baik-baik. Kalau kita tak nak doa yang baik-baik pun, kalau kiita tak boleh cakap yang baik-baik pun, kita teruskan berdiam sahaja. Betul tak?

"Jadi, itu sahajalah. Bye, Assalamualaikum, have a good weekend," kata Bella panjang lebar.

Sebelum itu, menerusi hantaran terbaru laman Instagram Bella, wanita itu mengakui sedih melihat apa yang terjadi kepada bekas suaminya.



Tidak berdendam dengan Aliff, Bella juga sudah memaafkan lelaki itu 100 peratus dan memberikan kata-kata semangat untuk Aliff.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam, Bella baru sampai Malaysia subuh tadi. And I received a lot of calls, texts, dms and mentioned from ig & twitter berkenaan dengan ex-husband saya, Aliff. Maaf kepada media yang bella tak dapat reply sbb harini bella nak rest kurang sihat??. . . Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat2 sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son. Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam ? . . Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita. . . Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah. . . Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apapa terjadi pada Aliff? Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik2 dan comment yang baik2 kat ig dan twitter dia, manatahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong @aliffaziz91

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on


Terdahulu, foto Aliff yang memperlihatkan tatu di dada dengan nama Bella tular di media sosial.

BACA: Cacah Tatu Di Dada Dengan Nama Bella? Ini Jawapan Aliff Aziz...

Aliff menafikan perkara terbabit dan mengatakan tatu di dada itu diukir dengan inai.

Selepas itu, tular pula beberapa foto yang menampakkan tatu di belakang badan Aliff yang tersebar di laman sosial.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement