Skip to main content

Budaya Popular

Wah...Manap Karaoke Dah Ada Parodi Dari 'Manap Junior'...Comelnya!

manapkbefunky-collage.jpg
Meskipun filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid, Manap Karaoke belum ditayangkan, namun reaksi orang ramai menunggu filem ini amat memberangsangkan.

Lebih menarik lagi, trailer filem ini sudah diparodikan oleh dua orang kanak-kanak comel yang melakonkan aksi bilal mencuba mikrofon di dalam masjid.

Parodi comel itu juga telah dikongsi oleh Astro Shaw di akaun Twitter rasmi mereka.
Manap Karaoke mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Manap yang membuka perniagaan karaoke bergerak.

Manap akan berhadapan pelbagai ujian, namun yang pasti, banyak kisah lucu menanti anda dalam filem ini.



Dibintangi oleh Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen, Imuda dan ramai lagi, Manap Karaoke boleh didapati secara terus di pawagam rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 mulai esok, 7 Mei 2020.

Jangan lupa untuk menyaksikannya!

Advertisement

Must-Watch Video