Skip to main content

Budaya Popular

"Walaupun Dia Jadi Kebencian Masyarakat, Tapi Dia Adalah Anak Yang Sangat Baik Kepada Kedua Ibu Bapanya..." - Datin Seri Shahida

01.jpg
Tanggal 26 Februari lalu, Dato' Seri Aliff Syukri bukan sahaja kehilangan bapanya, tetapi Datin Seri Shahida turut merasa kehilangan seorang bapa mertua.

"Tanggal 26/02/2019 saya kehilangan bapa mertua yg sangat2 baik. Tidak pernah cakap yg buruk2. Tidak pernah bertanya2 apa2 yg tak patut.

"Setiap kali datang dgn wajah ceria nak melihat anak dan cucu. Tak pernah cerita masalah atau apa2 je. Sentiasa ceria," tulis Datin Shahida di Instagramnya.

Menurut Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida Mohd Rashid, ramai yang sering bertanya kenapa dia berkahwin dan boleh hidup bersama Dato' Seri Aliff Syukri, walaupun Aliff sering menjadi kebencian masyarakat dan selalu menjadi cemuhan orang.

"Tapi sisi baik nya dia adalah anak yang sangat baik kepada kedua ibu bapanya. Orang tak faham apa yg Syukri dan Kak Yatie lalui zaman kecil mereka.

"sesuatu yg kita sendiri sukar dan tak pernah lalui. Kita masih tinggal dgn mak ayah, walaupun tak susah mana tapi masih ada nikmat berkeluarga," tulis Shahida.

"Mereka susah, dipandang rendah, tak rasa nikmat keluarga dari kecil. Bila dewasa mereka nikmati apa yg mereka tak rasa dulu. Cuba bahagiakan kedua mak ayah tapi dengan cara mereka sendiri.

"Saya sendiri pun tak mampu buat dan layan apa yg dia buat pada mak ayah dia. Itulah istimewanya dia," sambung Shahida lagi.

Tulis Shahida lagi, rezeki Kak Yatie dan Aliff Syukri menjadi orang yg terakhir berjumpa dengan arwah sebelum dia pergi.

Apatah lagi arwah datang sendiri ke sisi anak-anaknya tanpa diberitahu seperti kebiasaan yg dibuat, seperti tahu dia akan pergi meninggalkan mereka semua.

"Rezeki dapat menguruskan semua sendiri dari pada kemasukan,uruskan jenazah keluar hospital mandi sehingga dikebumikan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

tanggal 26/02/2019 saya kehilangan bapa mertua yg sangat2 baik....x pernah cakap yg buruk2...x pernah bertanya2 apa2 yg x patut....setiap kali datang dgn wajah ceria nak melihat anak dan cucu.....x pernah cerita masalah atau apa2 je...sentiasa ceria . orang selalu tanya mcm2 pada saya kenapa saya kahwin saya boleh hidup dgn @aliffsyukriterlajaklaris walaupun dia menjadi kebencian pada masyarakat dan selalu menjadi cemuhan orang....tapi sisi baik nya dia adalah anak yg sangat baik kepada kedua ibu bapanya....orang x faham apa yg syukri dan kak yatie lalui zaman kecil mereka.......sesuatu yg kita sendiri sukar dan x pernah lalui....kita masih tinggal dgn mak ayah,walaupun x susah mana tapi masih ada nikmat berkeluarga... . Mereka susah,dipandang rendah,tak rasa nikmat keluarga dari kecil....bila dewasa mereka nikmati apa yg mereka x rasa dulu...cuba bahgiakan kedua mak ayah tapi dengan cara mereka sendiri...saya sendiri pun x mampu buat dan layan apa yg dia buat pada mak ayah dia.....itulah istimewanya dia.........rezeki kak yatie dan syukri menjadi orang yg terakhir berjumpa dgnnya sebelum dia pergi.....datang sendiri ke sisi anak2 nya tanpa diberitahu seperti kebiasaan yg dibuat (biasa nak dtg akan call) seperti tahu dia akan pergi meninggalkan kami semua......rezeki dapat menguruskan semua sendiri dari pada kemasukan,uruskan jenazah keluar hospital mandi sehingga dikebumikan.. . Sedih yg teramat kesal kerana dia nak jaga ayah dia bersungguh2 tapi perlu berbahagi kasih kerana ayahnya juga punya keluarga baru... . Semoga Allahyarham Kamarzaman b Kamaludin ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh dan dilapangkan kuburnya.. . Sebelum tanya saya bgtau lah ameena x ada sebab dia tgh meragam.

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on


Sedih yang teramat kesal kerana dia nak jaga ayah dia bersungguh-sungguh tapi perlu berbahagi kasih kerana ayahnya juga punya keluarga baru," ujar Shahida lagi.

Semoga Allahyarham Kamarzaman bin Kamaludin ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh dan dilapangkan kuburnya.

Kredit Gambar: Instagram

Advertisement

Must-Watch Video