HIBURAN
"A Year Wiser. Alhamdulillah" - Hael Hussaini Luah Rasa Syukur Sempena Hari Jadi
Menerusi sebuah entri di Instagram, penyanyi Hael Hussaini telah memuat naik foto dirinya dari belakang bersama mikrofon sempena hari jadi yang ke-30 hari ini (10 Disember).
Di ruangan kapsyen, Hael menulis ucapan ringkas untuk dirinya sendiri.
"A year wiser. Alhamdulillah," tulis Hael.
Selain peminat, rakan-rakan selebriti seperti Azira Shafinaz, Nina Nadira, Sherry Alhadad, Indah Ruhaila, Genervie Kam, Dayang Nurfaizah dan Sarah Suhairi turut menulis ucapan masing-masing.
.jpeg)
Hael mula aktif di industri hiburan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video