Skip to main content

Sukan Lain

Saingan Sengit! KSKBC A Juara Kejohanan Badminton Astro Junior 2019

astro-junior-juara.jpg
Kelab badminton KSKBC A diumumakn sebagai juara pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Astro Junior (AJC) 2019 selepas mempamirkan aksi terbaik mereka.
 
Kemenangan tersebut sekaligus membuatkan KSKBC A membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000.
 
Manakala pasukan lawan Tactical Winpro akur dengan keputusan ditangga kedua selepas tumpas 0-3 dalam aksi akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad.
 
Tempat ketiga pula dirangkul oleh pasukan NSBA dan Ampang Jaya BC (A).
 
Kejohanan AJC bawah 15 tahun ini telah dianjurkan oleh Yayasan Astro Kasih (YAK) dan disokong oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
 
Ia turut mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan; 100Plus; dan Victor Sports.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video