Skip to main content

Berita Tempatan

10 Tahun Jalin Percintaan, Shiha Zikir Dedah Pernah Didekati Lelaki Lain

shihaa.jpg
Advertisement
Penyanyi Shiha Zikir akui kagum dengan sikap terbuka yang ditunjukkan oleh kekasihnya, Arul dalam menjaga hubungan percintaannya yang telah dibina selama 10 tahun.

Menurut Shiha, Arul merupakan seorang yang sangat terbuka walaupun dia mengetahui ada ramai lelaki cuba untuk mendekati diri saya.

"Tipu jika saya katakan tiada jejaka di luar sana yang ingin mendekati. Setiap perhubungan sudah semestinya ada dugaan masing-masing.

"Namun dia bukan seorang lelaki yang kuat cemburu buta malah dia juga seorang yang penyabar dan amat memahami kerjaya saya.

"Bagi saya setiap hubungan memerlukan kepercayaan dan perkara itu membuatkan hubungan percintaan kami bertahan sehingga sekarang.

"Setakat ini, kami tidak pernah bergaduh akibat cemburu kerana sikap saling mempercayai menjadi teras utama dalam perhubungan kami ini," katanya kepada Gempak.

Shiha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Todak Fest, di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai festival esport, Todak Fest 2019 pada 26 January 2019 di Hall 1, Mid Valley Exhibition Center (MVEC).

Must Watch Video

Advertisement