Pelakon Irwansyah yang sebelum ini menolak hasrat Zaskia Sungkar untuk babymoon di Bali akhirnya menunaikan permintaan isterinya itu.

Menjadikan momen lebih manis, Irwansyah juga mempersiapkan 'segmen' maternity shoot buat Zaskia.

Kebahagiaan itu mereka pamerkan dalam akaun Instagram masing masing, sejak semalam.

Kedua bakal ibu dan bapa ini dilihat sangat bahagia saat menjalani sesi pemotretan tersebut di sebuah pantai di Bali.

Zaskia dilihat mengenakan dua dress labuh dalam rona pastel yang direka oleh Barli Asmara sementara Irwansyah tersenyum bahagia menemani si isteri.

Pemotretan maternity yang dilakukan oleh jurugambar dari Bali, Dewandra itu dilengkapi dengan kehadiran kuda sebagai props.



Sebelumnya, Zaskia sempat menyatakan hasrat untuk bercuti di tepi pantai dan ke Bali. Namun impiannya itu dibantah Irwansyah kerana bimbang mengenai kesihatan Zaksia yang kini hamil empat bulan.

Demi tidak menghampakan isterinya, Irwansyah bersama adik iparnya, Shireen Sungkar telah menukar taman pada bahagian belakang kediamannya menjadi seperti tempat perkelahan.

Berita kehamilan Zaskia memang menjadi perhatian media khususnya di Indonesia kerana wanita ini hamil melalui kaedah IVF setelah lebih 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama Irwansyah.

Instagram: @zaskiasungkar15