Laman Utama

12 Juta Dalam Masa Empat Hari ! Mat Kilau Cipta Sejarah Filem Tempatan

Shahrin Zulkifle
27/06/2022
04:20 MYT
Belum pun genap seminggu pembukaanya, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan oleh pengarah hebat Syamsul Yusof telah memperoleh kutipan 12 Juta dalam masa empat hari tayangannya.
Perkara itu telah diumumkan menerusi satu kemas kini yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi @gscinemas semalam.
“Kebangkitan Filem Tempatan! Filem Mat Kilau dah cecah 12 Juta setakat 9PM hari ini! Terima Kasih Malaysia! Teruskan Sokongan Anda” maklum GSC.
Sementera itu terlihat di ruangan balas, pengarahnya Syamsul sempat menyampaikan ucapan terima kasih.
“Thanks GSC. Next film lets go.” tulisnya ringkas.
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan seorang pahlawan melayu bernama Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British di Tanah Melayu.
Dibarisi barisan pelakon tanah air yang cukup hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Datuk Adi Putra, Namron, Fattah Amin dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.