,
Berita

126 Tahun Berkhidmat, Feri Ikonik Pulau Pinang Diganti Bot Laju Bermula Tahun 2021

Maliah Surip
15/12/2020
13:50 MYT
Feri adalah sebuah pengangkutan yang sangat simbolik dan ikonik di Pulau Pinang. Namun selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan feri sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya akan digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Menerusi laporan Awani, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata, bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.
Manakala feri sedia pula, kata Teik Cheng, hanya akan membawa kenderaan dua roda iaitu motosikal dan basikal.
Sementara itu, semua kenderaan empat roda pula perlu menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk berulang alik dari tanah besar ke pulau atau sebaliknya memandangkan perkhidmatan feri untuk pengangkutan sedemikian akan dihentikan.
Menurut Teik Cheng, penambahbaikan itu akan dilaksanakan secara interim bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 sebelum perkhidmatan katamaran atau teksi air dan 'vehicle transporter' diperkenalkan selepas tarikh itu.
Beliau berkata, semasa tempoh interim itu, kedua-dua terminal Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim akan diubah suai dan dinaik taraf untuk keselesaan penumpang.
Berikutan kerja-kerja pengubahsuaian itu juga, katanya, waktu operasi feri juga akan berubah.
Bagaimanapun, pihaknya, kata Teik Cheng, memberi jaminan bahawa perkhidmatan feri tidak akan terganggu selain kadar tambang pengangkutan itu juga akan kekal sepanjang tempoh interim.
“Kita akan semak (waktu dan tambang) jadi semua (rakyat) jangan bimban. Rakyat beri sokongan (perkhidmatan) feri kita buat kali pertama buat perubahan untuk perkhidmatan feri di Penang (Pulau Pinang) kerana kerajaan pun menggalakkan orang ramai guna pengangkutan awam,” kata beliau dalam sidang media, di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, bagi mengekalkan nilai nilai sejarah serta elemen ikonik Pulau Pinang, Teik Cheng berkata, SPPP akan menempatkan dua buah feri sedia ada yang diubah suai sebagai restoran terapung dan muzium terapung di Tanjung City Marina.
“Kita faham (feri) ikonik, lambang Pulau Pinang (seiring) usia sejarah 120 tahun, jadi kita berhasrat mencadangkan dua buah feri sedia ada supaya buat restoran dan muzim terapung mereka (pengunjung) boleh datang ke restoran atau mengimbau balik sejarah,” kata beliau.
Dalam perkembangan sama, Teik Cheng berkata, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil alih operasi perkhidmatan Feri daripada Prasarana Malaysia Berhad.
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi pembelian empat buah bot katamaran yang baharu.
Pada 7 Disember lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong semasa pergulungan bajet kementerian berkata, perkhidmatan feri Pulau Pinang bagi kenderaan beroda empat akan dihentikan bermula 1 Januari 2021.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd, Sasedharan Vasudevan berkata, teksi air yang akan digunakan bermula Julai 2022 mampu membawa 200 penumpang dalam satu masa.
Tambah beliau, di bawah pengendalian PPSB, sebanyak tiga buah katamaran akan disediakan dengan kemampuan membawa sehingga 200 penumpang dengan kepantasan antara 10 hingga ke 15 minit dengan kekerapan 40 kali sehari.
Sumber: Awani Kredit Foto: Awani & Penang Port
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Viral

"Selagi Tak Tidur Setilam, Tak Duduk Sebumbung, Selagi Itulah Tak Kenal Kita" - Che Ta Pot Pet Dedah Ramai Rakan Artis Menjauh

gempak
06/11/2024
10:08 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Pulau Pinang, Che Ta Pot Pet mendedahkan ramai rakan selebriti mula menjauhkan diri darinya selepas perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak bertahun-tahun lalu ditimpa ujian.
Hiburan

Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

gempak
29/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengimbau kembali trauma yang pernah menghantuinya sejak lebih 10 tahun lalu.
Sukan

Bekas Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago Peluk Islam

gempak
16/10/2024
02:44 MYT
Bekas jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago memeluk Islam selepas meninggalkan kepercayaan agama lamanya.
Hiburan

Makan Nasi Kandar & Mandi Pantai, Afgan Tak Sabar Nak Buat Konsert Di Pulau Pinang

gempak
01/10/2024
01:55 MYT
Menurut Afgan atau nama sebenarnya, Afgan Shahreza,35, dia mungkin akan meluangkan masa beberapa hari di Pulau Pinang selepas selesai mengadakan konsertnya nanti.
Unitar