Skip to main content

Selebriti

Netizen Dakwa Aina Abdul ‘Over’, Aisha Retno Tampil ‘Back Up’ - “Apa Yang Over? Get A Life…”

ASTROGEMPAK Aisha Aina

Sekilas

  • Seorang individu di Threads meluahkan pandangan bahawa penyanyi Aina Abdul mempunyai bakat tetapi dianggap 'over' dalam persembahan.
  • Netizen ramai tidak bersetuju dan memuji Aina kerana memberikan persembahan terbaik memandangkan dia sudah dibayar oleh penganjur.
  • Penyanyi Aisha Retno juga mempertahankan Aina dengan menyifatkan kritikan tersebut tidak berasas.
Advertisement

Perkongsian seorang individu di Threads yang meluahkan pandangannya mengenai penyanyi Aina Abdul meraih perhatian netizen. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut berkata tidak dinafikan bakat yang ada pada Aina namun beranggapan penyanyi berkenaan ‘over’. 

 

“Bakat memang tak dinafikan. Tapi macam over la. Beat me,” tulisnya. 

 

Bagaimanapun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan individu tersebut dan menganggap Aina melakukan persembahan yang terbaik memandangkan sudah dibayar oleh pihak penganjur. 

 

“Baguslah dia over, dia dibayar. Takkan nak menyanyi cincai. Mana-mana show penganjur berbaloi pilih dia. Dia bagi yang terbaik, 200 peratus.

 

“Walaupun event biasa-biasa. Sebab itu dia menjadi pilihan untuk mana-mana show. Setiap kali dia buat persembahan, event itu akan jadi viral. Terbaik AA,” tulis netizen. 

 

Bukan sahaja netizen, malah penyanyi Aisha Retno turut tampil mempertahankan rakan seindustrinya itu. 

 

“Apa yang over? Get a life,” tulis Aisha secara ringkas. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement