BERITA
13 Pelajar Kolej Vokasional Didapati Bersalah Bunuh Mohamad Nazmie Aizzat
Seramai 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu didapati bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, dalam kejadian di asrama kolej berkenaan tahun lalu.
Keputusan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Tawau, di sini pada Jumaat, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh yang berusia antara 16 hingga 19 tahun.
Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga 28 Ogos depan sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut pertuduhan, kesemua pelajar itu didakwa bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.
**media[3246148]**
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat jika sabit kesalahan.
Hakim bagi kes ini ialah Datuk Duncan Sikodol dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abdul Latif dan Ng Jhun Tao.
Sementara itu, pegawai penyiasat kes ialah Asisten Superintenden Suddin Tjinke Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
Kesemua tertuduh pula diwakili beberapa firma guaman termasuk Ram Singh Harbans & Co, LCZ Law Firm, Johari, Zelika & Amin, Vivian Thien & Associates, Kang Advocates, Kusni & Komariah, serta Chang & Kamarudin.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video