,
Berita

14 Hari Di NICU, Akhirnya Bayi Oki Setiana Dewi Dibenarkan Pulang

Syafiqah Jalal
04/12/2020
08:32 MYT
Selebrtiti Indonesia, Oki Setiana Dewi memaklumkan bayi keempatnya, Sulaiman telah dibenarkan pulang selepas 14 hari mendapatkan rawatan di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal).
Oki bersyukur kerana akhirnya anak bongsunya itu dapat pulang ke rumah buat pertama kali sejak ia dilahirkan pada 16 November lalu.
“Alhamdulillah, tak lupa syukur selalu kami panjatkan kepada Allah akhirnya baby Sulaiman Allah izinkan kondisinya semakin membaik dan sudah boleh berkumpul dirumah bersama kakak-kakaknya.
“Mohon terus bantu doa agar Allah bantu melancarkan proses pemulihan Baby Sulaiman ya sahabat,” katanya.
Oki berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto bayinya yang selamat berada di rumah.
Pun begitu, Oki memberitahu Sulaiman masih perlu menjalani beberapa rawatan susulan.
“Baby Sulaiman masih terus melakukan rawat jalan. Saya pun masih menunggu beberapa hasil pemeriksaan, yang terus terang selalu membuat hati ini berdebar-debar.
“Takut, cemas, berharap , husnuzon terus bercampur menjadi satu,” luahnya lagi.
Terdahulu, difahamkan Sulaiman mengalami masalah pernafasan sejak dilahirkan.
Oki melahirkan Sulaiman dengan berat 2.7 kilogram (kg) pada Isnin lalu secara pembedahan.
Dia yang mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar