,
Read

15 Masakan CHEF WAN Taraf 5 Bintang — Mak Oi, Sedapnya! Moh Kite Belajor

Public Anonymous User
13/06/2017
07:10 MYT
Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Instagram @chefwan58

CHEF WAN merupakan satu nama yang besar lagi gah dalam industri kulinari dan hiburan. Beliau merupakan chef selebriti yang telah berkecimpung dalam arena kulinari sejak 20 tahun dahulu. Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan bukan sahaja terkenal kerana kehandalannya memasak. Chef Wan juga terkenal kerana kelantangannya bersuara dan mengkritik tidak kira siapa saja yang dirasakannya perlu ditegur atau dibetulkan.
Tetapi kali ini bukan soal kelantangan vokal Chef Wan yang ingin kami utarakan. Kami ingin mengajak InTrenders merenung seketika menu-menu taraf lima bintang yang amat menyelerakan, hasil air tangan Chef Wan yang dimuatnaik di laman Instagramnya.
Walaupun tiada panduan resepi lengkap yang dimuatnaik Chef Wan, hanya sekadar ‘caption’ yang lebih banyak memberi tips-tips ramuan berguna — itu semua sudah memadai untuk kita jadikan rujukan untuk memasak.
Sebagai pakar memasak, Chef Wan banyak berpesan supaya kita menambah keenakan masakan dengan suntikan daun pudina, perahan lemon, juga menyukat air pada kadar yang tepat lagi sempurna.
Jom semua, kita ambil ilham memasak taraf lima bintang daripada Chef Wan!
Menu 1: Urap Nangka, Taufu, Nenas, Kacang Panjang dan Ayam

Urap Nangka, Taufu, Nenas, Kacang Panjang dan Ayam.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Menu 2: Lamb Kuzi
Menu 3: Rendang Udang
Menu 4: Moroccon Chicken Tajine
Menu 5: The Grilled Chicken Percik

Ayam Pencok ready from the grill with more bumbu sauce added later during service time.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Menu 6: Javanese Opor
Menu 7: Lamb Moroccon Harira Soup
Menu 8: Portuguese Devil Chicken Curry

My delicious Portuguese Devil Chicken Curry. Hopefully it will be spicy enough to earned its name.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Menu 9: SeriKaya Nangka or The Jackfruits
Menu 10: Gulai Lemak Ketam Chili padi dengan Nenas
Menu 11: Khasmiri Lamb Curry

Simmering the Khasmiri Lamb curry and the gravy for Mee Rebus tonight.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Menu 12: Kuih Nagasari

Puan Asiah preparing my kueh Nagasari. Tak dapat pisang Raja guna pisang emas aja nampaknya. Loved the dough so soft and melt in your mouth this recipe. Cukup rasa lemak serta masin and manis Pisang emas tu that complete the flavour of Nagasari. Nak lemak lagi boleh buat santan pekat masin2 sedikit with a bit of corn starch to thicken the coconut cream tu. Sebelum di tutup daun pisang boleh la di sudu kan ke atas lepat ini. This kueh originated from the Bugis culture. They are refered as Kueh Bandang.Some refered this also as Kueh Tepung Bungkus dan ada letak Jagung manis pun sedap. Masa zaman kecil saya selalu buat kueh ini untuk jualan. Tonight it is served at the buffet dessert table among Lompat Tikam, Badak Berendam to Seri Kaya Nangka dan Sira Palembang. Trying to bring all the old traditional dessert to the table.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Menu 13: Bukhari Rice Pilaf
Menu 14: Nasi Ambang

Trays after trays of Nasi Ambang kept in the food warmer ready to be serve tonight.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Menu 15: Nyonya Chicken Kapitan Curry
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni