Selepas 15 tahun tidak bekerjasama, akhirny dua hero Malayq, Beto Kusyairy dan Que Haidar kembali bergabung.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Beto memaklumkan ini merupakan naskhah terbaharu untuk tayangan sempena Aidiladha kelak.

“2021 - 2006. Melangkau masa… Setelah 15 tahun tidak bekerjasama. Kembali dipertemukan atas kehendakNya.

“Walau tidak banyak penglibatan aku untuk naskhah ini namun ia cukup bermakna bila diberi peluang untuk melepas rindu berpencak bersama @the_haidars… Seorang pemeran luar biasa,” coretnya.

Ternyata berita itu bukan sahaja membuatkan peminat berasa teruja malah rakan-rakan selebriti juga turut menyatakan perkara yang sama.

Antaranya Nabila Huda, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Catriona Ross, Pekin, Namron dan Puan Sri Tiara Jaquelina.


Selain digelar hero malaya, Beto dan Que juga dikenali sebagai pelakon versatile dengan kemahiran berlakon yang sangat hebat selain memiliki kebolehan menjiwai karakter dengan mantap.