Sekilas
- Usahawan Datuk Seri Vida bersyukur dapat menjejakkan kaki ke Mekah dan berdoa di Multazam di hadapan Baitullah.
- DSV menitipkan doa bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk insan tersayang dan mereka yang mengirimkan hajat kepadanya.
- Dia berharap doa yang dipanjatkan diterima dan dimakbulkan Allah serta mendoakan agar semua yang mengirim doa diberi peluang menunaikan ibadah di Mekah suatu hari nanti.
Usahawan Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah dan mengunjungi Multazam bagi memanjatkan doa di hadapan Baitullah.
Menerusi perkongsian di Threads, Datuk Seri Vida atau DSV berkata, peluang berharga itu turut dimanfaatkan untuk menitipkan doa buat insan-insan tersayang yang mengirimkan hajat kepadanya.
Kata DSV lagi, dia tidak melupakan mereka yang menitipkan doa dari jauh meskipun berada dalam keadaan sesak dengan jutaan jemaah yang turut mengambil peluang untuk berdoa di kawasan berkenaan.
“Alhamdulillah 🤍 Satu kelegaan dan kesyukuran yang sukar digambarkan apabila Allah izinkan saya sampai ke Mekah dan dapat peluang ke Multazam untuk memanjatkan doa di hadapan Baitullah.
“Dalam lautan manusia yang berebut-rebut mencari ruang untuk berdoa, dalam jutaan orang di Mataf… saya bukan bawa hajat diri sendiri, tetapi dalam setiap berdoa itu, saya tidak lupa menyelitkan doa buat insan-insan yang mengirimkan, insan tersayang,” kongsinya.
Tambah DSV, hanya mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut memahami betapa berharganya peluang untuk berdoa di lokasi berkenaan.
Dia turut berharap agar setiap doa yang dititipkan dapat didengari, diterima dan dimakbulkan Allah SWT.
“Mungkin yang mengalami sahaja tahu betapa berharganya peluang ini. Semoga Allah mendengar, menerima dan memakbulkan setiap doa yang dititipkan.
“Buat semua yang mengirimkan doa dari jauh, semoga satu hari nanti Allah jemput untuk menjadi tetamu-Nya. Saya sudah sampaikan doa… selebihnya kita berserah kepada Allah.
“Semoga Allah hadiahkan berita gembira segera atas segala doa yang dikirim dan telah dibacakan… Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.
Sumber - Threads