,
Laman Utama

1,884 Kes Positif Covid-19 Hari Ini! 1,067 Kes Positif Dicatat Dalam Kalangan Pekerja Top Glove

Fiza Kamarudin
23/11/2020
10:47 MYT
Kes baharu jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini melonjak dan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,884 kes, menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu sebanyak 56,659 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 13,842 kes.
Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu, dua kes import manakala 1,882 kes membabitkan penularan tempatan.
Katanya, tiga negeri mencatatkan kes tertinggi iaitu Selangor (1,203 kes) diikuti Sabah (289) dan Kuala Lumpur (166).
"Pelaporan kes positif Covid-19 yang tertinggi adalah berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai (1,067 kes) dan Kluster Damanlela (101 kes).
Dr Noor Hisham berkata, setakat ini terdapat 115 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 48 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, selain itu sebanyak 883 kes pulih Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 42,480 kes atau 75 peratus.
"Daripada maklumat terkini dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), ada dua kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 337 kes kematian.
"Kes kematian ke-336 (kes ke-51,858) membabitkan lelaki warganegara berusia 80 tahun yang dilapor meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah.
"Manakala kes kematian ke-337 (kes ke-53,951) membabitkan wanita berusia 58 tahun meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Beliau mempunyai penyakit darah tinggi, jantung dan obstruktif paru-paru kronik (COAD)," katanya.
Sementara itu sebanyak 1,067 kes positif COVID-19 dicatat dalam kalangan pekerja Top Glove.
Sehubungan itu sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan, Top Glove di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja kilang terbabit.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penutupan secara berperingkat itu akan diselaraskan oleh Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bersama pihak pengurusan Top Glove.
"Setakat hari ini, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan 5,794 saringan ke atas pekerja kilang Top Glove dan sebanyak 1,889 kes positif COVID-19 direkodkan.
"Untuk hari ini sahaja, sebanyak 1,067 kes positif COVID-19 dicatat dalam kalangan pekerja Top Glove," katanya dalam sidang media harian, hari ini.
Katanya, penutupan 28 kilang itu bagi membolehkan semua pekerja menjalani ujian saringan dan kuarantin.
Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan selama 14 hari di asrama pekerja asing Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang, mulai Selasa lalu selepas KKM mengesan 215 kes positif COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.