gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mandul Bukan Pilihan Buat Penonton Rasa Sayu, Sebak Lihat Mira Filzah - “Penatlah Nangis Setiap Episod”
VIRAL
Iqbal Zulkefli Nafi Berhutang Dengan Doktor Gigi - "Sekali Saja Sponsor Tiga Tahun Lepas, Selebihnya Saya ..."
HIBURAN
Polis Kelantan Buru Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

2 Tahun Sambutan Raya Adi Putra Berbeza Tanpa Arwah Ibu - “Nak Rasa Air Tangan Dia Itu Dah Tak Terlintas Dalam Fikiran Tapi…”

Muhammad Ridhwan Roslan
Muhammad Ridhwan Roslan
31/03/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
2 Tahun Sambutan Raya Adi Putra Berbeza Tanpa Arwah Ibu - “Nak Rasa Air Tangan Dia Itu Dah Tak Terlintas Dalam Fikiran Tapi…”
Setiap kali Hari Raya Aidilfitri, pelakon Datuk Adi Putra dan keluarganya menyambut di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur.

Ziarah keluarga

Menurut Adi, ada perbezaan dari segi hidangan makanan di pagi raya di Singapura selain mereka juga hanya dapat menziarahi sanak saudara dalam masa satu hari sahaja.
“Seperti lazim, saya dan keluarga memang beraya di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur. Itu memang rutin setiap tahun. Makanan raya di Singapura agak berbeza juga sebab biasanya, ada hidangan seperti lontong.

“Ketupat dan rendang kita biasa dengan makanan seperti itu, tapi kalau di Singapura, lebih ke arah makanan yang berat. Lontong, nasi sambal goreng. Selain itu, raya di Singapura hanya sehari saja.

“Hari kedua mereka dah mula bekerja… jadi raya pertama selagi kita boleh ziarah rumah ke rumah itu dari pagi ke lewat pagi. Memang ambil satu hari untuk ziarah saudara mara,” katanya kepada Gempak.

Arwah ibu

Dalam pada itu, Adi mengakui sudah dua tahun sambutan raya berbeza tanpa arwah ibu yang meninggal dunia pada 2023.

“Sebelum ini memang arwah ibu yang masak. Ibu meninggal 2023, jadi tahun lalu dah tak ada masakan air tangan dia. Kakak saya pula ambil tugas memasak.

“Sejujurnya, saya tak lihat pada hidangan tapi rindu itu pasti. Nak rasa air tangan arwah ibu itu dah tak terlintas dalam akal fikiran, hanya tatapan doa buat arwah,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement