Adakah telefon pintar anda mempunyai masalah untuk dapatkan shot yang menakjubkan dalam keadaan lowlight ataupun untuk shot macro yang hanya boleh diambil dengan DSLR?

HONOR bersama Mira Filzah telah melancarkan dua phone terbaru di Malaysia!

#1 Memperkenalkan 'Flagship' Terbaru!



Bagi yang tidak tahu, HONOR baru saja memperkenalkan model terbaru mereka iaitu HONOR 20 dan HONOR 20 Pro.

Kelebihan kedua-dua peranti mercu atau 'flagship' ini pastinya pada kualiti kamera mereka yang mampu menjana imej luar biasa.

Senang kata, peranti ini khusus untuk mereka untuk 'extraordinary' fotografi!

Jadi apa menariknya model baru ini?

HONOR 20 Pro



Bagi model HONOR 20 Pro, peranti ini didatangkan dengan quad AI lensa iaitu 48 Megapixel (MP) kamera utama, 16MP Super Wide Angle dan 8MP untuk telephoto zum sehingga 30x dan satu lagi 2MP untuk penggunaan makro.



Malah, lensa digunakan HONOR 20 Pro adalah yang pertama menggunakan apertur f/1.4 selain turut didatangkan dengan Ultra-High ISO Sensitivity bagi penggambaran kurang cahaya.

Gabungan empat lensa dengan kekuatan AI ini melayakkan peranti ini menerima kedudukan ketiga dalam DxOMark.

Sebagai duta HONOR 20, Mira Filzah juga menyatakan bahawa dia memang suka HONOR 20 dengan empat lensa yang dapat mengambil gambar yang cantik. Dengan satu telefon bimbit ni sahaja, dia boleh mengambil banyak gambar dan video untuk social media tanpa menggunakan DSLR ataupun kamera lain.

Peranti ini juga dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 980 AI yang dipadankan dengan bateri sebesar 4,000 mAh. Saiz storan pula sebesar 256GB!

Harga model ini adalah RM2299 dan mula dijual pada 15 Ogos di kedai HONOR, Shopee & Hihonor (e-dagang rasmi) dengan hadiah percuma sebanyak RM500 termasuk bagasi, HONOR speaker kecil & selfe stick. Selain itu, anda juga akan mendapat jaminan tambahan 1+1 jika anda membeli HONOR 20 Pro dari 14 Ogos hingga 30 September.

HONOR 20


Model ini juga dilengkapi dengan empat lensa berlainan iaitu kamera utama 48MP, kamera 16MP Super Wide Angle, kamera 'depth-assist' 2MP dan kamera makro 2MP.

Ia memiliki bateri 3750mAH dan dilengkapi sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W. Model ini juga mempunyai RAM 6GB dan penyimpanan memori 128GB.

Peranti ini dijual pada harga RM1699 dan turut didatangkan dengan jaminan tambahan 1 + 1.

#2 Diskaun, Diskaun Dan Diskaun!



Malaysia sudah merdeka, namun persoalannya adakah telefon pintar anda sudah merdeka? Atau masih lagging dan tersekat-sekat seperti dahulu?

Tiba masanya untuk anda tukar telefon pintar kepada yang lebih canggih dan terbaru.

HONOR kali ini menampilkan harga baru untuk beberapa model terpilih dan antaranya...

1. HONOR View20 (Didatangkan dengan 1+1 tahun warranty tambahan)
2. HONOR 8X
3. 3. HONOR 8C

#3 Hadiah Giveaway bernilai lebih daripada RM620,000!



Bukan calang-calang HONOR menyambut Hari Merdeka kali ini kerana mereka akan menampilkan pelbagai hadiah untuk mereka yang bertuah.

Bukan satu bukan dua tapi barangan hadiah melebihi RM620,000 unit! Nak tahu apa? Anda kenalah join promo ini.

#4 Ganjaran Berganda!


Jika anda beli satu daripada model di atas, anda juga berpeluang untuk menerima hadiah percuma tambahan untuk pembelian.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah percuma tambahan ini. Berganda-ganda!

Bagi anda yang berhasrat untuk menukar telefon anda yang lama itu, jangan lupa promo awesome ini okay!

Layari kedai HONOR atau laman web HONOR untuk maklumat lanjut!