Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

26 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini

Gempak
17/07/2024 10:41 MYT
Seramai 26 individu telah diambil keterangan bagi bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, setakat Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka yang dipanggil terdiri kenalan dan rakan sepejabat mangsa serta saksi awam.

Menurutnya, beberapa anggota polis yang merupakan rakan sepejabat suspek turut dipanggil bagi membantu siasatan.

"Ramai saksi telah dipanggil iaitu seramai 26 orang panggil untuk dirakam percakapan.

"Antaranya kawan, anggota polis sepejabat dengan dia (suspek) selain saksi awam yang ada kaitan dengan siasatan ini, " katanya ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang di sini pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu.

Mangsa dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, suspek juga bekerja sebagai anggota polis berpangkat Lans Koperal bertugas di Balai Polis Slim River, Perak ditahan pada hari yang sama.

Ditanya berkenaan status kerja suspek, beliau berkata, ia bergantung kepada siasatan kerana suspek kini dalam tahanan reman tujuh hari.

"Kemungkinan reman itu akan disambung sehingga maksimum.

"Kebiasaannya secara automatik, dia akan ditahan kerja namun bergantung kepada siasatan nanti, " katanya.

Berkenaan status tuntutan jenazah Nur Farah Kartini pula beliau berkata, proses tuntutan jenazah tidak dapat diselesaikam pada hari ini kerana masih dalam proses pengecaman melalui DNA.

"Memandangkan menghadapi masalah pengecaman melalui visual, kita akan buat secara forensik melalui pengambilan sampel DNA ahli keluarga.

"Tempoh keputusan DNA itu bergantung kepada jabatan kimia yang mungkin mengambil masa selama beberapa hari namun kita akan mohon proses tersebut dapat dipercepatkan, " katanya.

Pada Rabu operasi pencarian bahan bukti di lokasi kejadian menemukan sebuah telefon bimbit di kawasan parit.

Operasi pencarian bahan bukti diteruskan termasuk diperluaskan ke satu lagi lokasi terletak kira-kira 20 minit dari situ.

BERITA TRENDING: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Abang Farah Kartini Ke Lokasi Penemuan Mayat

BERITA TRENDING: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

BERITA TRENDING: Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

BERITA TRENDING: Suspek Bunuh Farah Kartini Adalah Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis

BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

BERITA TRENDING: Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”

BERITA TRENDING: "Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

BERITA TRENDING: "Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

BERITA TRENDING: Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: [VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

BERITA TRENDING: "Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Jenazah Farah Kartini Dikebumikan di Pahang

BERITA TRENDING: Hilangnya Bakal Pendidik Bangsa, Nur Farah Kartini Graduan Cemerlang Dengan GPA 4.0 - “Banyak Cabaran Sepanjang Tempoh Pengajian Ini Tapi…”

BERITA TRENDING: Keadaan Mayat Nur Farah Kartini Reput Di Dada, Muka - “Buat Masa Ini Pakar Tidak Dapat Sahkan Kematian Kerana…”

BERITA TRENDING: Sejam Menyelam Akhirnya Telefon Pintar Nur Farah Kartini Ditemui, Suspek Turut Berada Di Lokasi Kejadian

BERITA TRENDING: Masih Tunggu Keputusan DNA, Jenazah Farah Kartini Tidak Boleh Dituntut Hari Ini

BERITA TRENDING: Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini


Sumber: Sinar Harian
#Viral #Mahkamah #Polis #Saksi #UPSI #Hulu Selangor #Farah Kartini #Lans Koperal