,
Laman Utama

“27 Hari Cari, Ashecat Tak Balik” - Sebaknya, Sissy Iman Menangis Kucing Kesayangan Ditemui Mati

Mya Amri
27/04/2022
07:33 MYT
Meruntun hati, itulah perasaan yang dapat diungkapkan sebaik sahaja melihat penyanyi, Sissy Iman memberitahu khabar buruk mengenai kucing kesayangannya yang hilang.
Sissy memaklumkan kucing peliharaannya yang diberi nama Ashecat ditemui mati oleh seorang individu.
Menerusi keratan tangkap layar yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, difahamkan kucing itu mati akibat dilanggar.
Bagaimanapun mayat kucingnya telah selamat dikebumikan oleh seorang insan yang prihatin dan Sissy bersyukur dengan perkara itu.
Dalam hantaran terbaharu di Instagram, Sissy memaklumkan mereka sekeluarga telah mencari kucing jantannya selama 27 hari.
“Rasanya inilah pengakhiratnya Ashecat. Saya masih teringat sangat-sangat mahukan seekor kucing tapi tak nak renyah dan bersihkan tahi kucing semua memandangkan saya tidak mempunyai masa.
“Hari-hari cakap dekat @djxz__ kakak nak bela kucing tapi adik bersihkan okay. Tapi Allah baik sangat. Dia betul-betul hantar kucing yang baik depan pintu rumah yang paling senang nak jaga.
“Yang sangat bersih, yang pandai bawa diri. Yang kalau makanan jatuh atas lantai pun dia kutip makan. Yang manja sangat. Yang tunggu kita balik kerja.
“Tapi kita tunggu dan cari Ashecat 27 hari, Ashecat tak balik. Kenapa Ashecat main jauh-jauh… Tapi apa pun saya bersyukur dengan kehadirannya dan saya akan mengingatinya sebagai kucing pertama saya. Rehat dengan baik Ashecat sayang,” coretnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-ratanya sebak dengan perkongsian Sissy dan sebagai pencinta kucing, mereka juga terkesan dengan kejadian yang menimpa kucing itu.
Sebelum Sissy, kucing pelakon Zulin Aziz juga mati akibat terjatuh dari balkoni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Comel, Prabowo Bawa Kucing Kesayangan Bobby Tinggal Di Istana Negara

gempak
21/10/2024
02:55 MYT
Rasmi menjadi Presiden ke-8 Republik Indonesia bermaksud Prabowo Subianto juga akan menetap di Istana Negara di Jakarta.
Hiburan

Terbuka Kongsi Kisah Aoki, Nabila Huda Mahu Beri Kesedaran Tentang Penyakit Haiwan - "Bila Baca Komen Ramai.."

gempak
13/10/2024
03:55 MYT
Pelakon Nabila Huda memaklumkan bahawa perkongsiannya mengenai kematian kucing kesayangan sebelum ini, Aoki adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang belas ihsan terhadap haiwan.
Viral

Sanggup Sewa Lori Untuk Angkut 100 Kucing Pindah, Effort Wanita Ini Raih Pujian Netizen - “Erti Pencinta Kucing Sebenar..”

gempak
03/10/2024
10:25 MYT
Sepotong video memaparkan seorang wanita yang sanggup membawa semua kucing belaannya yang berjumlah 100 ekor untuk berpindah berjaya mencuri perhatian ramai.
Viral

Tiga Warga Vietnam Dipenjara Tergamak Jual Daging Kucing & Anjing

gempak
30/09/2024
07:25 MYT
Tiga warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 17 bulan dua minggu kerana menghidang daging anjing serta kucing dan mengendalikan restoran tanpa lesen di Hong Kong, lapor portal berita VN Express semalam.
Hiburan

Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”

gempak
29/09/2024
07:55 MYT
Siapa pencinta kucing pasti memahami perasaan pelakon terkenal Nabila Huda yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan haiwan kesayangannya dalam keadaan sakit dan semakin lemah.
BorakSeeni