Kumpulan nasyid popular, Rabbani akan meneruskan tradisi majlis berbuka puasa bersama peminat yang dianjurkan sejak 27 tahun lalu.
Popular dengan pelbagai lagu berkonsepkan ketuhanan, Rabbani menganggap majlis sebegini begitu penting dalam meraikan peminat dan merapatkan ukhwah antara satu sama lain.
Salah seorang anggotanya, Mohd Asri Ubaidullah berkata, selepas Rabbani bersama Hotel Singgahsana selama 22 tahun untuk majlis berbuka puasa, mereka kemudian mengadakan sendiri majlis sama sejak tahun 2013.
"Memang kami tidak pernah lepaskan peluang untuk bersama peminat ketika Ramadan. Berbeza dengan sebelum ini, kali ini kami akan berada di D'Gua Alkahfi, Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya, Rabbani juga mempunyai perancangan untuk kembali dengan single terbaru selepas Aidilfitri nanti sebelum mengumpulkan lagu untuk album baru selepas itu.
"Peminat selalu bertanya mengenai album baru. Bagi kami, album ketuhanan masih mempunyai tempat di hati peminat sehingga kini.
"Dulu masa buat album baru, orang lain pun berkata kalau buat album, siapa pula yang nak mainkan lagu kami?
"Sebenarnya, bukan kita yang tentukan perkara itu, apa yang penting pada Rabbani adalah kami tetap hasilkan album baru," katanya.
Kali ini, peminat berpeluang berbuka puasa sambil berhibur dengan Rabbani dalam suasana yang unik iaitu melawat gua secara percuma di kawasan tersebut.
Menariknya, ada program khas tadarus al-Quran yang diadakan sepanjang Ramadan di dalam gua yang dianjurkan bersama Rabbani.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak