Berita

"3 Bulan Abah Terbaring Di Hospital" - Diana Amir Hanya Mampu 'Facetime' Dengan Ayah

gempak
ZULHILMI JALIL
27/03/2020
09:22 MYT
Sponsor Banner
"3 Bulan Abah Terbaring Di Hospital" - Diana Amir Hanya Mampu 'Facetime' Dengan Ayah
Pelakon Diana Amir memberitahu bahawa bapanya kini sudah tiga bulan berada di hospital bagi menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki.
Bagaimanapun, menurut Diana, 34, bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, dia terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk melawat bapanya seperti yang dilakukan sebelum ini.
"Sudah tiga bulan abah terbaring je kat hospital. Abah patah patella (tempurung) kedua-dua belah kaki, nak kena tunggu tiada jangkitan di kaki baru boleh operate. Akhirnya, sekarang sudah tiga bulan abah di hospital, tak boleh bergerak.
"Sebelum CMO (Perintah Kawalan Pergerakan), Diana akan balik selagi boleh. Abah minta tolong tolak katil abah ke luar bilik nak tengok hijau kat luar bilik sekejap. Nak tengok jalan, nak tengok bumbung rumah, nak tengok ke luar tingkap," kongsinya menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Pada posting tersebut, Diana turut berkongsi paparan imej panggilan video yang dibuat bersama bapanya yang kini berada di sebuah hospital di Batu Pahat, Johor.
Abah . . Dah 3 bulan abah terbaring je kat hospital. Abah patah patella ( tempurung) dua2 belah kaki, nak kena tunggu xde infection di dua2 belah kaki baru boleh operate. Akhirnya sekarang dah 3 bulan abah di hospital, tak boleh bergerak ( patella dah dislocate, macamana nak jalan kan?). Hospital di Batu Pahat tak ada TV, TV analog dari tahun lepas dah tak boleh guna, tapi sampai sekarang belum ganti tv baru. At least kalau ada tv bolehla abah layan cerita Korea abah ?. 3 bulan, not a short time. Abah tgk dinding, dinding tgk abah . Abah solat, zikir, baca buku, tapi, dalam keadaan terbaring. . . Sblm CMO diana akan balik selagi boleh. Abah minta tolong tolak katil abah ke luar bilik, just nak tgk hijau kat luar bilik sekejap. Nak tgk jalan, nak tgk bumbung rumah, nak tgk ke luar tingkap. Abah tak digalakkan guna wheelchair, bahaya untuk kaki abah. so dpt jln kat floor abah je . . Abah was a workaholic, walaupun abah dah 63, tapi abah masih aktif kerja. After 60, abah still sambung contract base. And tahun ni abah baru niat nak pencen,Allah bagi ujian kat abah jatuh sampai patella abah dua2 belah kaki dislocate. . . Diana share ni sebab, syukurlah dengan nikmat kita yang dapat duduk di rumah saat CMO ni. masih boleh bergerak dalam rumah, main kat laman rumah, tengok tv, masak, makan, baca AlQuran, tido dalam bilik sendiri, mandi dalam toilet sendiri. Ada banyak nikmat masa, tenaga, untuk buat macam2 aktiviti. . . Kalau dah boring sangat, cuba tengok pada orang2 yang tak dapat nikmat yang kita rasa sekarang ni. Tak dapat duduk di rumah. Our frontliners, orang2 yang x ada rumah. Bersyukur, mereka menangis nak balik rumah. . . Doakan abah Diana cepat sembuh, dapat berjalan, buat aktiviti macam biasa. Kami semua sayang abah. Abah dah banyak berkorban tenaga dan masa untuk didik anak bangsa, didik anak2 abah juga. . . Mungkin Allah nak tinggikan darjat abah, and hapuskan semua dosa2 abah, sebelum abah betul2 dapat rasa nikmat “pencen” ? . . Thank u doctors and semua medical staff yang jaga abah di hospital. Tak mampu balas jasa kalian. Semoga Allah rahmati segala penat lelah anda semua ???????? #hanyadapatfacetime #missingmyfamily #abahisextraordinary
A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on
Katanya lagi, dia berkongsi kisah bapanya itu kerana mahu masyarakat di luar sana terus bersyukur kerana masih berpeluang melakukan aktiviti di dalam rumah.
"Syukurlah dengan nikmat kita yang dapat duduk di rumah saat CMO ni. Masih boleh bergerak dalam rumah, main kat laman rumah, tonton televisyen, masak, makan, baca al-Quran, tidur dalam bilik sendiri, mandi dalam tandas sendiri. Ada banyak nikmat masa, tenaga untuk buat macam-macam aktiviti. .
"Kalau dah bosan sangat, cuba tengok pada orang yang tak dapat nikmat yang kita rasa sekarang ni. Tak dapat duduk di rumah, frontliners, orang-orang yang tak ada rumah. Bersyukur, mereka menangis nak balik rumah," luahnya.
Dalam pada itu, Diana turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang banyak membantu ayahnya di hospital.
"Doakan abah Diana cepat sembuh, dapat berjalan, buat aktiviti macam biasa. Kami semua sayang abah.
Terima kasih doktor dan semua kakitangan perubatan yang jaga abah di hospital. Tak mampu balas jasa kalian. Semoga Allah rahmati segala penat lelah anda semua," coretnya.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 14 April depan.
Sepanjang tempoh itu juga orang ramai diminta untuk terus kekal duduk di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti di luar.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live