Pelakon Dayana Roza berkongsi khabar gembira bahawa dia kini sedang hamil anak pertamanya.

Berkongsi foto imbasan ultrasound di Instagram, Dayana, 30, teruja menantikan kehadiran cahaya matanya itu.

"'Hi' pertama kamu kepada mommy dan daddy. Saya tak sabar lagi untuk menjadi yang pertama dalam segalanya sayangku.

"Doakan semuanya dipermudahkan guys," tulisnya berserta tanda pagar #AdaleDayanaJunior dan #SeptemberBaby.



Difahamkan menerusi tanda pagar tersebut Dayana kini sedang hamil tiga bulan.

Perkongsian Dayana itu meraih ucapan tahniah daripada rakan selebriti antaranya Miera Leyana, Adeline Tsen, Datin Elvina Mohamad, Tiz Zaqyah dan Sheila Rusly.

Dayana dan suami, A'dale Adham Ayahudin, 34, telah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2020 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.