Gaya Hidup

3 Fakta Menarik Tentang SOL Collection, Kolaborasi Rip Curl Dengan Clogtwo!

gempak
Amri Hassan
16/10/2024
18:24 MYT
Sponsor Banner
3 Fakta Menarik Tentang SOL Collection, Kolaborasi Rip Curl Dengan Clogtwo!
Rip Curl Malaysia dan Rip Curl Singapura mengumumkan fasa terbaru program RIP CURL ARTIST OF THE SEARCH sebagai sokongan terhadap artis dan bakat tempatan.

BERITA TRENDING: Koleksi Rip Curl x Kenji Chai Surfitti Gabungan Seni Grafiti & Adrenalin Surfing!

Inisiatif yang bermula sejak 2022 itu memberikan kuasa penuh kepada artis tempatan untuk mencipta karya seni unik, menghasilkan koleksi t-shirt yang dipasarkan kepada umum.
Sebagai jenama terkemuka dalam produk gaya hidup meluncur dan pantai di Malaysia dan Singapura, Rip Curl kini bekerjasama dengan artis terkenal, Eman Raharno Jeman, yang dikenali sebagai CLOGTWO.
Jom semak fakta menarik tentang kerjasama ini dan koleksi baharu SOL Collection:

Lambang semangat kreatif & imaginasi

Kata Pengurus Pemasaran Rip Curl, Moe Faisal, koleksi terbaru, RIP CURL X CLOGTWO: SOL COLLECTION, melambangkan semangat seni dan budaya meluncur yang kreatif dan berimaginasi.
"Kami teruja untuk menyambut CLOGTWO dalam RIP CURL ARTIST OF THE SEARCH PROJECT.
"Identiti dan gaya seni beliau berpadanan dengan nilai-nilai teras Rip Curl seperti keseronokan, kreativiti, keunikan, dan mengikuti trend semasa," ujarnya.

2 rekabentuk t-shirt

Koleksi RIP CURL X CLOGTWO: SOL COLLECTION ini menampilkan dua reka bentuk t-shirt yang melambangkan kebebasan, kreativiti, dan semangat pengembaraan.

Rekaan Unik

Rekaan seperti ISLAND dan SPRAYGEON SURFBOARD menggambarkan makhluk dan konsep imaginatif yang berkaitan dengan tema meluncur dan seni jalanan.

Mula dijual Oktober, tempoh terhad

Koleksi ini akan tersedia bermula Oktober 2024 di cawangan terpilih Rip Curl dan secara dalam talian di ripcurl.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024