Laman Utama

3 Hari Di ICU, Kini Ras Adiba Radzi - “Alhamdulilah Semuanya…”

gempak
Syafiqah Jalal
24/09/2022
03:45 MYT
Sponsor Banner
3 Hari Di ICU, Kini Ras Adiba Radzi - “Alhamdulilah Semuanya…”
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi kini kembali pulih selepas seminggu dimasukkan ke hospital serta Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ras Adiba Radzi yang mengalami realsi anafilaksis terhadap antibiotik itu berkongsi keadaan terkininya.
“Sudah seminggu saya dimasukkan di sini (hospital) serta 3 hari di ICU selepas reaksi anafilaksis terhadap antibiotik yang saya tidak tahu bahawa saya alah kepadanya,” maklumnya ringkas.
Beberapa hari lalu, bekas personaliti TV itu berkongsi keadaan kesihatannya selepas dimasukkan ke hospital dan menjalani prosedur lumbar serta rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Ras turut berterima kasih kepada semua yang menjaga serta mengambil berat tentangnya terutama pihak hospital dan keluarga.
“Saya amat berterima kasih atas penjagaan yang diberikan oleh doktor, jururawat.
“Alhamdulillah, semuanya sihat. Terima kasih keluarga dan anda semua atas doa. Saya tidak cukup berterima kasih kepada anda,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live