Pernikahan sepasang ‘pengantin baharu’ di Cianjur, Indonesia menjadi bualan dalam kalangan penduduk setempat dan juga netizen selepas sang suami disahkan sebagai seorang perempuan.

Hal ini mengejutkan ramai orang, lebih-lebuh lagi video pernikahan yang viral di TikTok menunjukkan pengantin lelaki begitu lancar mengucapkan ijab kabul sehingga menyebabkan tetamu yang hadir jatuh percaya terhadapnya.

Bahkan, majlis perkahwinan pasangan itu yang berlangsung di Kampung Lueng Datar, Desa Pakuon, Kecamatan Sukaresmi, Kabupaten Cianjur kelihatan sangat meriah.

Namun, pernikahan itu tidak bertahan lama apabila si isteri berasa curiga kerana dia tidak disentuh oleh suami tiga malam berturut-turut.

Kejadian itu disahkan oleh Latip Ridwan, ketua kampung di mana kejadian berkenaan berlaku.

Ketua Kampung Sukaresmi Latip Ridwan mengesahkan wujudnya ‘tragedi’ perkahwinan sejenis di kawasannya.

“Tdak sah kerana sama jantina. Selanjutnya, kita tunggu hasil siasatan pihak berwajib untuk melihat apakah ini unsur penipuan atau kerugian,” kata Latip.

Sebelum ini, difahamkan bahawa pasangan pengantin tersebut sudah lama berhubung melalui media sosial.

Mereka juga terpaksa membatalkan perkahwinan pada ketika itu kerana pengantin lelaki tidak dapat memberikan pengesahan terhadap identiti rasminya.

Sumber: TVONENEWS