Penyanyi Baby Shima tampil membuat laporan kepada sebuah penganjur acara di Balai Polis Mutiara Damansara hari ini.
Kata pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli, 30, laporan dibuat ke atas penganjur acara berkenaan kerana telah menipu dan beberapa kali menggunakan nama serta gambar miliknya untuk tujuan mempromosi konsert sedangkan tiada persetujuan diputuskan.
Ditipu tiga kali
“Penganjur ini bukan sekali guna gambar Shima tapi dah tiga kali guna gambar saya. Dah masuk kali ketiga saya dah tak boleh tahan. Dia telah manipulasi nama saya untuk kepentingan dia sendiri.
“Nama saya diguna untuk tarik penonton di acara yang dianjurkan sahaja, padahal saya tidak hadir pun ke sana. Perkara ini secara tidak langsung dah mengganggu juga reputasi dan nama saya sebagai selebriti,” katanya kepada Gempak.
Turut hadir bersama Baby Shima di balai polis ialah peguam yang dilantik iaitu Shaharudinali Azfarazmi.
Polis akan siasat
Memandang isu tersebut sebagai satu perkara yang serius, Shaharudinali berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes berkenaan.
“Tindakan diambil untuk cegah pihak tersebut daripada terus menggunakan nama Baby Shima. Perkara ini tidak boleh dibiarkan, lebih-lebih lagi ia hanya menguntungkan diri sendiri.
“Ini adalah isu yang serius, saya minta polis untuk ambil tindakan dan siasat perkara ini,” katanya.
Difahamkan acara berkenaan sepatutnya berlangsung hujung minggu depan di sebuah lokasi di Johor.
Dituduh manager tak beradab
Dalam masa sama, pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu turut mendedahkan pengurusnya pernah ‘ditengking’ oleh wakil penganjur acara berkenaan kerana mengajukan soalan mengenai poster promosi acara tersebut.
“Dia juga kata manager saya tidak beradab, sekarang ini siapa yang tidak beradab, dia atau saya?
“Dia dah guna gambar saya dan post di media sosial untuk event dia. Sekarang ini pada Shima dia yang tak beradab.
“Sampai dia nak melibatkan mak ayah saya, apa kena mengena mak ayah saya dengan perkara ini? Saya pun tak faham dengan penganjur tersebut. Memang tak professional langsung.
“Manager saya hanya bertanya kepada dia, kenapa masih post lagi gambar saya, dah masuk tiga kali itu sahaja, tapi ditengking pula,” tambahnya.
Shahrin Zulkifle
Fri Dec 09 2022


Artis Wanita Kulit Putih Anak Dua Terlibat Aktiviti 'Swinger', Tawarkan Khidmat Seks Dengan Suami Sendiri?
Astaghfirullah!

Samseng Jalan Raya Elak Bayar Tol, Punca Kemalangan! Netizen Berang - "Dia Yang Langgar, Dia Pula Cari Gaduh"
Berlagak samseng

“Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ye Untuk Bulan Ni,” - Ayu Damit Selamat Bersalin Anak Keempat
Alhamdulillah.

Ini Caranya Nak Dapatkan Wifi Kencang Berkelajuan 500Mbps Pada Harga RM90 Sebulan!
Berbaloi betul!

Pertaruh Naskhah Berkualiti, W: Two Worlds Versi Tempatan Rupanya Digarap Oleh Sutradara & Penerbit Nenek Bongkok Tiga!
Memang mantap!

Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna Jadi Pengapit BCL, Tiko
Tahniah BCL.

Berkaki Ayam Naik Sampan, Sampai Uniform Kena Lumpur, Ramai Salut Kakak Misi Ini
Murninya hati...
Dato’ Awie pernah terima satu guni surat cinta daripada fans? | GMW Specials
Sebut je band WINGS, confirm semua tahu lagu dorang. Antara band legend dekat Malaysia. Beratur awek nak kirim surat cinta dekat Dato’ Awie tau. 1 guni surat cinta ya. Jom layan video penuh sekarang.
Saksikan video penuh GMW Specials SEKARANG di gempak.com/gempakmostwanted
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWSpecials
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Saksikan video penuh GMW Specials SEKARANG di gempak.com/gempakmostwanted
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWSpecials
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu

The Exchange TRX Dah Buka, Ini Kedai-Kedai Best Korang Boleh Pergi! Tapi Harga Parking Keras Sikit…
The Exchange TRX dah buka
![[VIDEO] Baru Kehilangan Bapa, Ibu Saudara Buat Surprise Sampai Kanak-Kanak Lelaki Ini Menangis Penuh Emosi [VIDEO] Baru Kehilangan Bapa, Ibu Saudara Buat Surprise Sampai Kanak-Kanak Lelaki Ini Menangis Penuh Emosi](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/korea-sedih.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Baru Kehilangan Bapa, Ibu Saudara Buat Surprise Sampai Kanak-Kanak Lelaki Ini Menangis Penuh Emosi
Sedihnya