Skip to main content

Hiburan

“Perkara Ini Tak Sepatutnya Terjadi” - Azfar Heri Mohon Maaf, Minyak Masak Paket Dikeluarkan Dari Tapak Jualan

“Perkara Ini Tak Sepatutnya Terjadi” - Azfar Heri Mohon Maaf, Minyak Masak Paket Dikeluarkan Dari Tapak Jualan

Sekilas

  • Azfar Heri memohon maaf selepas pihaknya menggunakan minyak masak paket secara tidak sengaja ketika berniaga di acara di Wangsa Maju.
  • Kesilapan berlaku kerana kakitangan terpaksa membeli bekalan tambahan di kedai berdekatan akibat permintaan tinggi, walaupun biasanya mereka menggunakan minyak botol.
  • Semua minyak paket telah digantikan dengan minyak botol dan SOP akan diperketatkan untuk elak isu sama berulang di masa depan.
Advertisement

Personaliti media sosial dan usahawan, Azfar Heri tampil memohon maaf susulan kesilapan pihaknya yang menggunakan minyak masak paket ketika menjalankan perniagaan di sebuah acara di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, Azfar yang mewakili pihak Tendertown menjelaskan bahawa penggunaan minyak masak paket itu berlaku akibat kesilapan kakitangannya yang membeli bekalan tambahan di kedai berhampiran ketika berdepan situasi pesanan yang banyak.

Advertisement

"Untuk makluman, kami sediakan stok barang jualan termasuk minyak botol, tepung dan ayam berdasarkan saiz event. Ada hari stok yang disediakan cukup, ada hari tak cukup bila permintaan tinggi.

"Untuk pastikan kelancaran operasi, kami sediakan wang tunai untuk pasukan membeli barang tambahan dan segala resit pembelian akan diserahkan kepada pihak pengurusan setiap hari selepas acara selesai," jelasnya.

Tambah Azfar, sepanjang menyertai kira-kira 60 acara di seluruh Malaysia, pihaknya tidak pernah menggunakan minyak masak paket ketika menjalankan perniagaan.

Advertisement

Susulan itu, Azfar memaklumkan bahawa semua minyak masak paket yang dibeli telah dikeluarkan serta-merta dari tapak acara di Wangsa Maju dan digantikan dengan minyak masak botol.

"Dari pihak pengurusan, saya ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak mengetatkan SOP dengan sepatutnya.

"Penggunaan minyak paket adalah tidak dibenarkan untuk aktiviti berniaga dan perkara ini tidak sepatutnya terjadi.

"Kami akan memperkemas dan memperketatkan lagi pelaksanaan SOP ini di semua acara kami untuk mengelakkan isu sama berulang lagi. Terima kasih atas teguran yang diberikan," katanya.

Kenyataan penuh Azfar Heri:

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement