Berita

3 Minggu Lagi Nak Bersalin, Yana Samsudin Alami Masalah Bacaan Hemoglobin Rendah, Terpaksa...

ZULHILMI JALIL
19/10/2020
05:15 MYT
Pelakon Yana Samsudin yang kini sedang sarat hamil anak kedua memberitahu bahawa dia mengalami masalah bacaan hemoglobin darah (Hb) yang rendah ketika membuat pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.
Ekoran masalah itu, Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 36, berkata, dia perlu mendapatkan keperluan zat besi yang cukup bagi memastikan bacaan darahnya kembali normal sebelum bersalin kira-kira tiga minggu lagi.
"Pada awal kehamilan, zat besi saya terlalu tinggi. Tiba-tiba sudah hujung-hujung tiga minggu sebelum due (tarikh jangkaan bersalin), zat besi rendah, HB (hemoglobin darah) rendah 9.9," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut Yana berkongsi gambar dirinya ketika sedang menjalani rawatan drip untuk meningkatkan bacaan keperluan zat dalam badannya.
Katanya, itu merupakan pilihan yang terbaik dalam memastikan bacaan zat dan darahnya kembali stabil dalam tempoh yang singkat.
"Jadi, saya ambil drip multivitamin untuk rangsang vitamin D dan zat besi. Alhamdulillah kekal semula.
"Drip adalah alternatif paling cepat nak naikkan terus masuk dalam badan sebab dah nak due," katanya.
Jelas Yana lagi, sebenarnya dia juga merupakan seorang yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebelum ini.
Bagaimanapun, cara pemakanan yang salah menyebabkan dirinya tidak mendapat keperluan secukupnya.
"Selama ini memang makan multivitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah telah menghalang vitamin tu serap dalam darah.
"Jadi, kalau anda sedang ambil ubat atau makanan tambahan, tolong jarakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi atau susu lebih kurang dua jam sebelum dan selepas makan ubat, moga bermanfaat," nasihatnya.
Terdahulu, pada bulan lalu, suaminya Fadzil mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
BACA: Yana Samsudin Hamil 8 Bulan, Bakal Timang Anak Ke-2
Yana mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berumur empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharifah Amani Selamat Bersalin, Pilih Nama Klasik Untuk Anak - “Meet Our Little One Ahmed Mohsein”

gempak
28/06/2024
09:39 MYT
Suami kepada pelakon, Sharifah Amani iaitu Ahmed Faris Amir mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka.
Hiburan

Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…”

gempak
18/06/2024
09:55 MYT
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan bayinya yang mengalami masalah kulit yang teruk sehingga menggaru sampai berdarah.
Viral

Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin, Muka Anak Calar Terkena Alat Pecah Ketuban - “Syukur Tak Kena Mata, Tapi Hampir Ya”

gempak
06/06/2024
01:30 MYT
Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila peralatan untuk memecahkan air ketuban terkena pada bayi di dalam kandungannya.
Hiburan

Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Tengah Rehat…”

gempak
05/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mona Allen memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.