Sejak ditayangkan bermula 10 Januari lalu, ramai yang memberikan respons positif terhadap drama bersiri Bunga Hati yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Intan Najuwa, Redza Rosli dan Erwin Dawson.

Namun, di sebalik respons-respons itu, hati penonton juga turut diserang rasa tidak tenteram. Sebab apa? Jom semak!

1. Hilangnya kasih ibu



Masih ingatkah adegan Salimah memukul Luqman tanpa belas kasihan kerana Luqman mengingatkan kisah lampaunya bersama bekas suami? Pasti ramai terkesan dengan emosi anak beranak ini dan tingkah laku Salimah terhadap Luqman yang sentiasa reda dengan sikap ibunya.

Adegan Luqman dipukul sentiasa menerbitkan rasa simpati penonton kepada karakter lakoan Nafiez Zaidi ini. Salimah (lakonan hebat primadona Fauziah Ahmad Daud) yang akhirnya cuba untuk menerima Luqman tetapi apakan daya Allah lebih menyayangi Luqman.

2. Konflik cinta tiga segi



Kadang-kadang, complicated juga kisah cinta dalam Bunga Hati inu. Amer (Redza Rosli) terlalu mencintai Dilaila (Intan Najuwa), Joshua (Erwin Dawson) pula dalam diam menaruh harapan cinta Dilaila sementara Jessila (Fify Azmi) mahukan cinta Amer.

Konflik cinta mereka yang rumit membuatkan penonton tertanya-tanya siapa yang akhirnya akan dapat memiliki cinta Dilaila. Memang hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa namun sifat ingin memiliki dan dimiliki membuatkan masing-masing terus mencuba menjuarai cinta yang ingin dimiliki.

3. Dendam tiada penghujung



Salimah yang dulu berpasangan dengan Razak (Zulkifli Ismail) akhirnya berpisah dan berkahwin dengan pilihan masing-masing. Noraini (Lydiawati) yang kemudian mendirikan rumahtangga bersama Razak masih tidak puas hati dan sering mengungkit kisah cinta antara Razak dan Salimah.

Sehinggakan Noraini tidak mahu melihat Salimah hidup senang. Di sinilah wujudnya dendam yang tidak berpenghujung yang kemudian membangkitkan konflik demi konflik yang membuatkan penonton sakit hati dan geram dengan tingkah Noraini yang tidak pernah berdamai dengan dendamnya.

Nak tahu kesudahan drama Bunga Hati? Jangan lupa saksikan Bunga Hati di Astro Ria, Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.