Berita
“3 Tahun Aku Tunggu, Meraung Dalam Tidur…”- Anak Baru 6 Bulan, Ika Nabella Dah Idam 6 Cahaya Mata Dalam Keluarga
Pelakon Ika Nabella akui enam bulan selepas menimang cahaya mata kehidupannya bertambah bahagia dan menakjubkan.
Menurut Ika penantiannya selama tiga tahun berbaloi selepas dikurniakan seorang putera Muhammad Noah Zayn.
“6 bulan paling wow dalam hidup aku. 3 tahun aku tunggu, bertahun aku tumpang kasih sayang.
Menangis rindu hak orang. Meraung dalam tidur. Macam macam aku cuba. Dia Maha Mengetahui,” tulisnya.
Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Ika dia berharap selepas ini dia dan suami dapat menimang cahaya mata lagi bagi memeriahkan keluarga mereka.
“Aku tak nak sunyi lagi kalau diizinkan aku nak lebih meriah lagi. 4,5,6 (orang anak).
“Sekarang aku happy bila ada yg kejutkan aku tengah malam senyum sengih berborak dengan bahasa yang aku tak faham tapi aku mengerti. Indah.
“Bahagia bila ada yang hi-5 kt pipi lepas tu senyum nampak gusi heeeee.. Harta dunia dan akhirat aku ni.
“Tak pernah dalam hidup aku tahu jenis-jenis najis, kira berapa kali orang berak, berapa banyak orang makan berapa jam orang tidur. Segala galanya untuk anakku,” katanya lagi.
Ika juga berharap kepada yang masih menanti kehdarian cahaya mata dalam rumah tangga mereka diharap terus bersabar dan berdoa.
“Aku doakan kalian yang tengah sabar terus sabar dan akhirnya dapat hadiah an sihat sempurna bila tiba masanya.
Aku faham. Aku pernah ada kt tempat kalian. 3 tahun terasa 30 tahun. Terus kuat ok.?” Katanya lagi.
Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.
Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Oktober tahun lalu.
Must-Watch Video