Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mendedahkan bahawa selama ini dia membela 10 ekor kucing dengan menyimpan di pejabatnya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Biarpun begitu, selepas tiga tahun hidup 'berjauhan', Hafiz membuat keputusan untuk membawa kesemua haiwan peliharaannya itu pindah duduk bersamanya di rumah.

"Setelah tiga tahun kucing-kucing saya ni duduk di pejabat saya, akhirnya saya buat keputusan untuk bawak balik ke rumah 10 ekor ni dan letakkan di bilik khas.

"Ya... bayangkan, hari-hari saya kena pergi pejabat pukul 8 pagi untuk bersihkan bilik mereka (asalnya itu bilik saya lah), bagi makan semua, tak kiralah hari kerja ke, hari cuti ke," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Hafiz berkongsi gambar dirinya bersama semua kucingnya yang sudah berada dalam sangkar dan bersedia untuk dibawa pindah keluar.

Setelah 3 tahun kucing-kucing saya ni duduk di office saya, finally saya decide untuk bawak balik ke rumah 10 ekor ni, dan letakkan kat bilik khas. Ya... Imagine, hari-hari saya kena pergi office jam 8 pagi, untuk bersihkan bilik mereka (asalnya tu bilik saya la ?), bagi makan semua, tak kiralah hari kerja ke, hari cuti ke... Pengalaman paling mencabar masa PKPD hari tu, dengan nak menempuh roadblock semua, tapi tu lah, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Cuma, semenjak kes COVID-19 yang makin merisaukan ni, saya rasa jalan paling baik ialah bawak balik rumah je lah anak-anak bulus ni semua. Bagi satu bilik kat rumah, takut-takut nanti jadi apa-apa, at least mereka depan mata saya je. Seharian jugak lah kerja-kerja pindah randah ni ?. Lepas mereka dah rehome, saya kena sanitize bilik ni betul-betul, service balik aircond (3 tahun pasang 24-jam) fuh... tapi alhamdulillah - i got back my room! Huhu... Nanti saya update lagi pasal kucing-kucing saya kat rumah pulak ok!

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) on


Menurutnya lagi, sepanjang tiga tahun, sistem pendingin hawa di pejabatnya juga tidak pernah ditutup untuk keselesaan kucingnya.

"Seharian jugaklah kerja-kerja pindah-randah ni. Lepas mereka dah ditempatkan di rumah baru, saya kena sanitize bilik ni betul-betul, servis balik alat pendingin hawa (tiga tahun pasang 24 jam) fuh... tapi alhamdulillah, saya dapat bilik saya semula," kongsinya.



Katanya, keputusan untuk membawa kesemua kucing tersebut duduk bersamanya selepas memikirkan keadaan semasa Covid-19 yang semakin meruncing.

"Pengalaman paling mencabar masa PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) hari tu, dengan nak menempuh sekatan jalan semua, tapi tu lah, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

"Cuma, semenjak kes Covid-19 yang makin merisaukan ni, saya rasa jalan paling baik ialah bawak balik rumah sahajalah anak-anak bulus ni semua. Bagi satu bilik kat rumah, takut-takut nanti jadi apa-apa, sekurang-kurangnya mereka depan mata saya sahaja," jelasnya.

Antara nama-nama kucing peliharaanya ialah Shyful, Olea, Fatargh, Fudiey, Doby, Serena, Panda dan Naufal.