Skip to main content

Hiburan

"Terdapat Perbezaan Antara Menjadi Kelakar Dengan Sekadar..." - Jurulatih Peribadi Aina Abdul

"Terdapat Perbezaan Antara Menjadi Kelakar Dengan Sekadar..." - Jurulatih Peribadi Aina Abdul

Sekilas

  • Jurulatih peribadi Aina Abdul, Prabu, mempertahankan usaha dan bakat luar biasa penyanyi itu selepas namanya menjadi bahan jenaka dalam sebuah majlis anugerah.
  • Prabu menegaskan bahawa menjadi pelawak tidak bermakna seseorang boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati orang lain, dan jenaka harus ada batasnya.
  • Isu bermula apabila seorang pengacara lelaki membuat jenaka mengenai busana Aina Abdul semasa malam anugerah berprestij baru-baru ini.
Advertisement

Jurulatih peribadi kepada penyanyi dan komposer, Aina Abdul iaitu Prabu tampil mempertahankan anak didiknya selepas namanya disebut dalam sebuah majlis anugerah berprestij baru-baru ini.

Menurut Prabu, Aina merupakan seorang penyanyi luar biasa dan segala usaha yang dilakukan dalam bidang seni tidak sepatutnya dipandang remeh.

Advertisement

"Saya sudah menjadi jurulatih Aina Abdul sejak 2022. Saya menyaksikan perjalanannya, melihat bagaimana dia berkembang dan melihat sendiri siapa dirinya sebagai seorang anak seni hari ini.

"Dia seorang penyanyi yang luar biasa dan tiada komen murahan sesiapa pun mampu menafikan segala usaha yang telah dicurahkan untuk mengasah bakatnya," tulisnya.

Dalam masa sama, Prabu turut menyentuh mengenai batasan dalam berjenaka dan menegaskan seseorang pelawak tidak seharusnya menggunakan profesion mereka sebagai alasan untuk menyampaikan kata-kata yang tidak menghormati orang lain.

Advertisement

"Menjadi seorang pelawak tidak bermakna anda boleh bersikap tidak menghormati orang lain. Terdapat perbezaan antara menjadi kelakar dengan sekadar menyampaikan sesuatu yang tidak mempunyai cita rasa," ujarnya.

Terdahulu, nama Aina Abdul menjadi bualan ramai selepas namanya disebut oleh seorang pengacara lelaki dengan membuat jenaka mengenai busana penyanyi itu ketika sebuah malam anugerah berprestij pada Sabtu.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement