Skip to main content

Berita Tempatan

"36 Tahun Berlakon, Sudah Tentu Saya Cari Sesuatu Yang Terbaik" - Rosyam Nor

rosyam-nor-900x560-new_1.jpg
Pelakon, pengacara dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor akui bukan mudah untuk dia mengekalkan populariti sebagai seorang pelakon meskipun sudah lebih 30 tahun bergiat sebagai seorang anak seni.

Menurut Rosyam, kualiti sesebuah filem yang dilakonkan merupakan perkara penting untuk dia mengekalkan namanya dalam industri hiburan.

"Cari populariti bukan suatu perkara yang mudah, begitu juga untuk mempertahankan populariti itu.

"Sudah 36 tahun berlakon, sudah tentu saya cari sesuatu yang terbaik, bagi saya, kualiti sesebuah filem yang saya lakonkan merupakan faktor penting untuk saya meneruskan 'branding' Rosyam Nor di industri hiburan tempatan.

"Selepas kemunculan saya dalam filem Misteri Dilaila, insya-Allah, saya akan muncul dalam dua buah filem terbaru tidak lama lagi, semoga semuanya berjalan dengan lancar," kata Rosyam kepada Gempak.

Rosyam mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 1986 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement