Gaya Hidup

4 Fakta Tentang Waktu Minum Air Yang Ramai Tidak Tahu

gempak
Syafiqah Jalal
29/03/2017
12:50 MYT
Sponsor Banner
4 Fakta Tentang Waktu Minum Air Yang Ramai Tidak Tahu
Ramai di antara kita yang akan minum air semasa makan.
Namun, tahukah anda terdapat 4 waktu yang paling tepat untuk minum air walaupun tidak dahaga.
Berikut kami kongsikan waktu yang ideal untuk minum air: 1. Setelah Bangun Tidur Perkara pertama yang perlu dilakukan setelah bangun tidur adalah minum air suam. Jumlah yang baik adalah dua gelas, tetapi jika tidak mampu, satu gelas sudah memadai. Amalan ini dapat membantu mengaktifkan organ dalaman, selain membantu proses pencernaan.
2. Setengah Jam Sebelum Makan Proses penghadaman dapat berjalan dengan lancar dengan meminum jumlah air yang betul. Waktu yang paling sesuai untuk minum air sebelum makan adalah 30 minit sebelumnya.
3. Sebelum Mandi Tahukah anda dengan mengambil segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah dan membuat anda rasa lebih tenang. Bagi mereka yang mengalami masalah darah tinggi, amalan ini sesuai untuk dilakukan untuk membendung masalah tersebut
4. Sebelum Tidur Sebelum tidur, pastikan anda mengambil segelas air suam kerana perkara ini dapat menghindari daripada terkena serangan jantung dan angin ahmar.
Sumber : Mingguan Wanita, Era.fm Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live