#PenjarakanNeelofa. Itu kenyataan yang ditulis pada halaman petisyen yang dikendalikan laman sesawang change.org.

Sejak semalam, laman sesawang itu kecoh menjadi bualan netizen di media sosial selepas ia dilancarkan untuk mengumpul tandatangan daripada pengguna alam maya.



Netizen bersatu hati mewujudkan petisyen mencadangkan agar pengacara sensasi Neelofa dipenjarakan atas sebab kesalahan melanggar standard operasi prosedur (SOP) sebelum ini.

Antara informasi yang disertakan pada ruang petisyen ialah seperti berikut:

Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik COVID-19.

Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadap beliau.

Berikut kesalahan-kesalahan melanggar SOP yang telah beliau dan keluarga beliau telah lakukan:

1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil)

2. Honeymoon di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)

3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan)

4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (langgar SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)

Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera dipenjarakan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!

Sehingga artikel ditulis, sebanyak 14,000 tandatangan telah dikumpulkan dalam petisyen itu.