Sejak 2 Disember lalu, penonton sudah mula boleh menyaksikan filem aksi komedi Marabahaya Underground yang disiarkan menerusi saluran Astro First.

Filem yang mengangkat tema permotoran sebagai jalan cerita utama itu tidak hanya menampilkan jalan cerita yang segar, malah para pelakon yang membintangi filem berkenaan juga terdiri daripada pelakon-pelakon popular tanah air.

Menurut pelakon utamanya, Hazama, dia memang teruja ketika melalui proses pembikinan Marabahaya Underground. Justeru, dia berharap agar filem ini dapat memberi kepuasan maksima kepada penonton, khususnya penggemar sukan permotoran.

Jadi, ini empat sebab yang diberikan oleh Hazama kenapa anda semua perlu menonton Marabahaya Underground di Astro First:

1) Kenderaan luar biasa

Salah satu sebab mengapa cerita ini perlu ditonton oleh semua kerana kenderaan yang ada dalam filem ini bukan biasa-biasa.

"Setiap kereta yang digunakan dalam filem ini memang istimewa. Semua siap ada 'bersin-bersin' lagi. Jadi, kalau anda minat sukan permotoran dan filem seumpamanya, ini filem buat anda."

2) Pelakon hebat

Selain itu, filem Marabahaya Underground juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Joey Daud dan Jasmin Suraya.

"Lakonan mereka cukup mantap dan menjadikan filem ini lebih menarik."

3) Penggambaran di Ipoh, Perak

Dalam masa sama, filem ini turut meletakkan Ipoh, Perak sebagai latar tempat utama. Jadi, kita mahukan orang Malaysia sedar bahawa ada tempat-tempat menarik di sekitar Perak.

"Kita nak kongsikan kepada orang Perak atau orang Malaysia yang banyak tempat-tempat menarik ada di sekitar negeri ini. Hampir 60 peratus sesi penggambaran dilakukan di sini."

4) Filem aksi komedi pertama

Lebih istimewa, Marabahaya Underground merupakan filem aksi komedi pertama yang Hazama jayakan.

"Antara sebab lain kenapa anda perlu tonton Marabahaya Underground adalah kerana filem ini merupakan filem aksi komedi pertama lakonan saya. Jadi jangan lupa tonton ya!"

Marabahaya Underground mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Namun, Shah Dhani juga merupakan seorang yang banyak hutang dan kaki judi.

Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya daripada hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Shah Dhani yang berhutang dgn Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon.

Pelakon-pelakon lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication ini adalah Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.

Manakala bagi penampilan istimewa seperti, wajah-wajah popular seperti Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta Pelumba Supercar Negara, Zen Low, Pelumba Kereta Negara, Keifli Othman, Drifter Negara, Jian Hui Wong, dan Pelumba Rally Negara, Faizal Alang turut menghiasi Marabahaya Underground.

Filem Marabahaya Underground boleh mula ditonton di saluran Astro First bermula 2 Disember ini.