Aktor Harris Annuar sah bergelar suami kepada pelakon dan model Asha Merican pada Sabtu dengan hanya sekali lafaz.

Menerusi laman sosial Instagram , Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar memuat naik foto seusai majlis pernikahan bersama isterinya untuk tatapan umum.

Malah, majlis pernikahan kedua-dua selebriti tersebut turut disiarkan secara Instagram Live.

“Selepas empat tahun dalam perhubungan dalam diam, assalamuaikum isteriku @ashamerican,” tulis Harris di ruanhan kapsyen.

Harris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1001.00 kepada Asha dalam majlis serba putih.

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


Dalam pada itu, Harris kelihatan sebak ketika dicium dan dipeluk oleh ibunya, Zaiton Hassan yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ton sejurus selepas pasangan berada di atas pelamin.

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminatnya menitipkan ucapan tahniah dan selamat melayari rumah tangga buat pasangan ini.

Tidak kurang juga ada yang terkejut melihat pasangan ini berkahwin memandangkan mereka tidak pernah mencanang perhubungan sebelum ini.

Sekadar info, Harris mula dikenali menerusi program Hero Remaja 2017/18 dan Asha pula dicungkil bakatnya melalui program Astro On Air Talent.