,
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

Gempak
10/09/2024
14:25 MYT

Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.

Temui Rangka Selepas 4 Tahun Tak Jumpa

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata rangka lelaki berusia 72 tahun ditemui anak lelaki mangsa yang datang untuk bertemunya selepas empat tahun mereka terputus hubungan.

Katanya, anak mangsa mendapati kediaman bapanya berkunci dan gagal dihubungi.

"Anak mangsa bertindak memecahkan pintu rumah berkenaan sebelum menemukan bapanya dalam keadaan hanya tinggal rangka.

"Difahamkan, bapa mangsa tinggal berseorangan selepas bercerai dengan ibu mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kali Terakhir Berhubung 2020

Katanya, kali terakhir anak mangsa berhubung dengan bapanya pada 2020.

"Rangka mangsa kemudian diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan dan tempoh kematian sebenar mangsa tidak dapat dipastikan," katanya.

Sementara itu, tular mesej di media sosial mengenai penemuan mayat warga emas itu yang dikatakan sudah tidak kelihatan sejak empat tahun lalu.

Dalam mesej yang tular mengatakan kejadian itu disedari penduduk setempat kerana mangsa pernah memaklumkan kepada rakan dan penduduk mahu pulang ke kampung sebelum kehilangannya.

"Sehinggakan semalam (Khamis) anak arwah datang mencari dan pihak JMB terpaksa mengumpil kunci untuk melihat keadaan rumah.

"Ramai terkejut kerana tiada siapa yang mengetahui dan tiada bau busuk di kawasan berkenaan," katanya.

Sumber: Berita Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pertama Kali Hadir Ke Anugerah Temani Ibu, Anak-Anak Harap Rita Rudaini Menang! - “Memang Saya Yang Tawarkan…”

gempak
11/10/2024
13:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH36) ditemani dua anaknya, Airit Ryyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
Hiburan

Bawa Macam Bola Ragbi, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Ramli MS Dengan Anak - “Steady Tok Ram! Kepit Gitu Je”

gempak
11/10/2024
09:00 MYT
Tular video di media sosial memaparkan momen mencuit hati Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Hiburan

Zain Saidin Tak Risau Aaisyah Suka Bersolek, Anggap Bersiap Bukan Satu Masalah - “Dia Dalam Fasa Membesar…”

gempak
11/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Zain Saidin tidak bimbang dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang disifatkan sebagai gemar bersiap.
Hiburan

3 Pelajar UiTM Dungun Maut: 'Saya Sudah Tiada Anak Lelaki' - Bapa Mangsa

gempak
10/10/2024
04:55 MYT
Saya dah tak ada anak lelaki selepas kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan".
Viral

Dr Zulkifli Al-Bakri Nasihat Pasangan Bercerai Elak Buka Aib - “Jangan Cederakan Emosi Anak”

gempak
09/10/2024
03:55 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
BorakSeeni