Baru-baru ini tular di Facebook (FB) mengenai seorang penjual bunga api yang mempromosikan jualannya di salah satu grup di laman sosial tersebut.
Peniaga tersebut dilihat telah membuat posting berkongsi harga beberpa jenis mercun dan bunga api di laman FB terbabit.
Bagaimanapun postingnya telah mendapat perhatian pengguna FB yang menggunakan nama ‘Balai Polis Muar’ dengan paparan wajah Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip.
Membalas komen pada peniaga tersebut, pengguna FB ‘Balai Polis Muar’ hanya menjawab posting tersebut dengan mudah tetapi mempunyai maksud tersirat.
“49 shoot lima set boleh? Hantar Balai Polis Muar,” yang kemudiannya mendapat reaksi daripada pengguna FB lain.
Rata-rata mereka berpendapat, balai polis tersebut sengaja membuat tempahan untuk memberi ajaran secara halus kepada peniaga mercun dan bunga api itu.
Tambahan lagi menjual bunga api secara dalam talian adalah dilarang dan tidak dibenarkan sama sekali serta menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak yang melanggar syarat serta peraturan ditetapkan.
Terdahulu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, larangan bermain mercun sudah diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Februari 1995 dan larangan bermain bunga api pada 15 Mac 1995.
Menurutnya, larangan ini masih berkuatkuasa sehingga kini dan tertakluk mengikut Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati penjualan mercun dan bunga api dalam talian tular di media sosial.
"PDRM ingin mengingkatkan bahawa penjualan bunga api secara dalam talian adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak yang melanggar syarat serta peraturan ditetapkan.
"Penjualan bunga api perlu mendapat kebenaran dari PDRM di mana syarat dan peraturan yang dikuatkuasakan hendaklah dipatuhi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Rahim berkata, sekiranya kegiatan ini masih berterusan, PDRM akan mengambil tindakan tegas mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penjualan bunga api di premis dan bazar adalah tidak dibenarkan sehingga arahan kebenaran dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Fiza Kamarudin
Tue May 19 2020
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan