Skip to main content

Berita Tempatan

Tak Sempat Sambut Hari Lahir Anak, Ibu M*ut Kemalangan Motosikal

Tak Sempat Sambut Hari Lahir Anak, Ibu M*ut Kemalangan Motosikal

Sekilas

  • Seorang ibu berusia 47 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar pokok di Jalan Kampung Tebuk Tengah, Kangar, Perlis.
  • Mangsa dalam perjalanan pulang dari kerja dan singgah membeli bahan masakan untuk sambutan hari lahir anaknya sebelum kemalangan berlaku.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jenazah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Advertisement

Hasrat seorang ibu untuk menyediakan hidangan istimewa sempena sambutan hari lahir anaknya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Kampung Tebuk Tengah, Simpang Empat, Kangar, Perlis pada Isnin lalu.

Mangsa, Noryshah Umar, 47, difahamkan singgah membeli bahan masakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja bagi meraikan hari istimewa anaknya.

Advertisement

Bagaimanapun, wanita yang bekerja di kantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) itu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Jalan Kampung Serdang menghala ke Kampung Tebuk Tengah.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sendiri ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Mangsa mengalami kecederaan parah akibat rempuhan tersebut.

Menurut Yusharifuddin, keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik, manakala permukaan jalan kering.

Motosikal mangsa pula mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan.

Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi menjalani bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement