Skip to main content

Selebriti

Aina Abdul A Walking Fashion Disaster? Pereka Fesyen Tampil Bersuara - “Siapa Dia? Saya Tidak Takut…”

Aina Abdul A Walking Fashion Disaster? Pereka Fesyen Tampil Bersuara - “Siapa Dia? Saya Tidak Takut…”

Sekilas

  • Melinda Looi, pereka fesyen Aina Abdul, membalas komen pensyarah yang menggelar gaya fesyen Aina sebagai 'a walking fashion disaster'.
  • Melinda mengajak pensyarah tersebut untuk mencuba mereka pakaian untuk Aina dan terbuka untuk sebarang cabaran atau kolaborasi.
  • Dia menegaskan tindakannya bukan untuk menunjuk, sebaliknya ingin keluar dari zon selesa dan menegaskan dirinya seorang yang mudah didekati dan suka berkolaborasi.
Advertisement

Pereka fesyen kepada penyanyi, Aina Abdul iaitu Melinda Looi tampil bersuara susulan satu hantaran individu yang berkongsi mengengai komen pensyarahnya mengenai gaya pemakaian penyanyi itu.

Individu berkenaan mendakwa pensyarahnya menyifatkan fesyen Aina sebagai ‘a walking fashion disaster’ kerana menganggap pakaian pelantun lagu Bluest Sky itu terlalu menonjol , namun kurang cita rasa.

Advertisement

“Pensyarah saya cakap Aina Abdul ini ‘a walking fashion disaster’. The outfit is loud but the taste is missing,”tulisnya.

Mengulas mengenai perkara itu, Melinda meminta pensyarah berkenaan untuk cuba menghasilkan pakaian buat Aina sendiri.

Malah, dia amat terbuka dengan sebarang cabaran serta kolabrasi bersama.

Advertisement

"Mari mari. Minta pensyarah awak buat satu untuk Aina, okay? Mari beri cabaran. Siapa dia? Saya tidak takut untuk buat sebarang kerjasama,”tulisnya.

Dalam masa sama, Melinda turut menjelaskan tindakannya itu bukanlah untuk menujuk-nunjuk kelebihan diri, namun hanya ingin mencuba perkara baharu dan keluar dari zon selesa.

Malah, Melinda menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mudah didekati dan insan biasa yang sama sahaja seperti orang lain.

“Saya suka buat kawan. Jadi, ianya positif sahaja. No hard feeling. Saya bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi saya sangat suka kolabrasi. Saya suka cabar diri untuk buat apa-apa perkara. Jadi, marilah. Jangan malu dan benci. 

“Saya seorang yang easy going. Sekali awak kenal saya macam mana, awak akan tau bagaimana ia bekerja. Saya bukan pereka fesyen jenis Vogue. Saya juga duduk belakang sama seperti yang lain. Saya hanya seorang Mel yang normal,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

YONEX RUNAWAY TEE

YONEX RUNAWAY TEE

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement