Skip to main content

Viral

"Rumah Yang Dulunya Riuh, Sekarang Sunyi" - Shafiq Shaheen

"Rumah Yang Dulunya Riuh, Sekarang Sunyi" - Shafiq Shaheen

Sekilas

  • Bekas suami Syida Melvin, Shafiq Shaheen, berhasrat menyelesaikan masalah demi kepentingan tiga anak dan perniagaan bersama.
  • Shafiq kini dalam proses pemulihan dan menghargai sokongan orang ramai walaupun hubungan dengan Syida masih tegang.
  • Dia berharap dapat rundingan dengan bantuan peguam untuk menyelesaikan isu perceraian dan memohon maaf kepada anak-anak.
Advertisement

Bekas suami kepada pelakon dan usahawan Syida Melvin, Shafiq Shaheen meluahkan hasrat untuk menyelesaikan segala permasalahan antara mereka demi kepentingan tiga cahaya mata serta kelangsungan perniagaan yang dibina bersama.

Menerusi perkongsian video di media sosial, Shafiq memaklumkan keadaan dirinya kini semakin baik meskipun masih dalam proses pemulihan.

Advertisement

Dia turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan sokongan, nasihat dan mendoakannya sepanjang berdepan ujian tersebut.

“Syafiq nak ucapkan terima kasih kepada korang dan Alhamdulillah Syafiq sekarang masih dalam recovery mode. Tapi a bit better daripada yang sebelum ni dan Syafiq pun ada semangat sikit untuk nak buat video ni.

“Syafiq nak settle semua kes secara keseluruhannya for the sake of my children. Pia, Jeda, Isa, for the sake of Syida and I, for the sake of the group of the companies,” katanya.

Bagaimanapun, Shafiq mengakui keadaan antara dirinya dengan bekas isteri ketika ini masih tegang sehingga menyukarkan mereka untuk mengadakan perbincangan secara baik.

“And right now, I can't even have a decent conversation with Syida. Situasi panas sekarang,” ujarnya.

Susulan itu, Shafiq berhasrat mendapatkan bantuan peguam kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh.

Advertisement

Dia turut berharap usahanya untuk menghubungi Syida, sama ada secara langsung atau menerusi peguam, akan membuahkan hasil.

Dalam pada itu, Shafiq mengakui perceraian bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui, apatah lagi apabila mengenangkan perubahan suasana rumah yang pernah dibina bersama bekas isterinya.

“Penceraian ni bukan sesuatu yang mudah.

“Ya, rumah yang Syafiq bina bersama yang dulunya riuh, sekarang sunyi,” luahnya.

Bukan sahaja kehidupan peribadi, Shafiq turut mengakui perubahan dirasai dalam penghasilan kandungan berkaitan syarikat yang dibina dengan harapan dapat diwariskan kepada anak-anak suatu hari nanti.

Pada penghujung video berkenaan, Shafiq turut menitipkan permohonan maaf secara khusus kepada tiga cahaya matanya sambil menyatakan harapan agar segala permasalahan dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya harap kita dapat settle semua ni the soonest.

“Pia, Jeda, Isa. Daddy just want to say I'm sorry and I hope we could settle it.

“Thank you so much,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement