Gaya Hidup
5 ‘Hack’ Untuk Kurangkan Bebanan Kerja, Suri Rumah Pasti Boleh Relate
Kerja rumah memang tak akan pernah habis. Setiap hari pasti ada sahaja tempat dan kelengkapan untuk dibersihkan.
Tidak kira suami atau isteri, semestinya kerja rumah tambah mudah apabila dilakukan bersama.
Namun, kerja yang dilakukan pasti bertambah senang apabila ada beberapa tips yang anda boleh ikut.
Hanya dengan lima ‘hack’ mudah ini, anda akan ada banyak masa terluang untuk dinikmati bersama keluarga.
#1 Sapu bilik air, cuci penyapu sekali
Jika penyapu rumah anda kotor, mencucinya mengambil masa dan tenaga yang agak banyak.
Apa yang boleh anda buat, cuci lantai bilik air menggunakan penyapu tersebut.
Sambil bilik air bersih, penyapu anda juga akan terbilas dengan pencuci. Selesai mencuci, jemur penyapu anda di ampaian.
#2 Gunakan teknik melipat baju 2 saat
Kebanyakkan suri rumah pasti tahu berapa banyak masa perlu dihabiskan untuk melipat timbunan baju daripada jemuran.
Ditambah pula dengan kemeja suami dan baju anak-anak kecil, hujung minggu boleh hilang sekelip mata apabila anda habiskan dengan kerja melipat baju.
Caranya, gunakan teknik melipat baju dalam masa 2 saat yang tular di laman Youtube. Tak tahu caranya, tonton video ini.
#3 Satu periuk serbaguna sebagai penyelamat
Kerja-kerja memasak antara yang paling digemari suri rumah tetapi bab membasuh dan mengemas dapur, boleh buat pening.
Untuk memudahkan urusan memasak anda, gunakan satu periuk serbaguna untuk apa jua hidangan.
Bukan sahaja boleh menjimatkan masa, hidangan anda pasti sama enak jika menggunakan periuk biasa. Satu tips yang wajib anda cuba!
#4 Gunakan penapis air untuk air berkualiti
Anda pasti pernah merasai waktu dimana setiap kali nak minum air, kena masak air terlebih dahulu. Sama juga kalau anda nak mandi air panas.
Kini, nak dapatkan air yang bersih dan berkualiti cukup mudah. Pasang penapis air, anda boleh gunakannya tak kira masa.
Ahli keluarga juga pasti gembira apabila air bersih boleh dinikmati dengan cepat.
#5 Telur cepat hangus? Ada caranya
Mungkin ini bukan masalah untuk wanita yang pandai masak. Tetapi untuk suri rumah atau para gadis yang baru berjinak dengan dapur, api yang kuat semasa mengoreng telur boleh membuat telur anda mudah melekat dan akhirnya hangus.
Caranya, gunakan periuk serbaguna tadi untuk menggoreng telur. Tanpa menggunakan minyak, pecahkan telur seperti biasa. Apabila ia hampir masak, masukkan air suam.
Hasilnya, telur anda akan elok dan gebu dan siap untuk dihidang.
Dengan adanya kelengkapan yang baik di rumah, ia akan meringankan beban anda.
Apa salahnya laburkan sedikit wang untuk membeli kelengkapan rumah yang berkualiti. Selain boleh menjimatkan masa, pastinya ia mengurangkan penggunaan tenaga supaya anda boleh berehat.
Sedang mencari penapis air untuk memudahkan urusan harian, CUCKOO ada promosi yang menarik untuk anda.
Tidak hanya Cuckoo memberikan anda kehidupan yang bersih, malah anda boleh membawa pulang sebuah kereta Hyundai INONIQ dan barangan Cuckoo bernilai RM138,000!
Peraduan #MyLifeWithCUCKOO ini memerlukan anda mengambil foto momen indah bersama Cuckoo dan anda berpeluang menangi hadiah hebat.
Cara menyertai:
1. Anda hanya perlu mengambil gambar kreatif bersama produk Cuckoo.
2. Tulis kapsyen tidak melebihi 50 patah perkataan.
3. Muat naik foto tersebut di Facebook/Instagram/Twitter beserta hashtag #MyLifeWithCUCKOO.
4. Pastikan akaun laman sosial anda diletakkan dalam keadaan publik.
Apa tunggu lagi? Cepat hantarkan penyertaan anda sebelum 31 Ogos ni! Untuk info lanjut, layari laman web ini.
Must-Watch Video