Gaya Hidup

5 Lokasi 'Muslim Friendly' Di Taipei, Taiwan Pilihan Datuk Fazley Yaakob

gempak
Amri Hassan
19/09/2018
12:18 MYT
Sponsor Banner
5 Lokasi 'Muslim Friendly' Di Taipei, Taiwan Pilihan Datuk Fazley Yaakob
Mungkin ramai yang tidak sangka, ibu negara Taiwan, Taipei sebenarnya menyediakan banyak lokasi yang 'muslim friendly'.
Daripada menu halal, tempat beristinjak dan arah kiblat, deretan premis dan kawasan peranginan sudah menyediakan pelbagai kemudahan buat pelancong beragama Islam.
Gempak sendiri berkesempatan untuk meninjau beberapa lokasi pelancongan yang 'muslim friendly' ketika dibawa bersama mengikuti Media Familiarization bersama Datuk Fazley Yaakob ke Taipei, Taiwan baru-baru ini.
Jom semak senarai lima lokasi 'muslim friendly' di Taipei, Taiwan.
1. Amba Hotel
Amba Hotel mempunyai tiga rangkaian hotel yang mesra muslim. Daripada menu, kemudahan tandas di dalam bilik hingga arah kiblat, semuanya tersedia rapi.
Malah, hotel ini menyediakan sejadah dan al-Quran buat tetamu beragama Islam.
Amba Hotel terletak di tiga hotspot di Taipei iaitu Songshan, Ximending dan Zhongshan.
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
2. Pasar malam
Raohe Night Market dan Ningxia Night Market menyediakan pelbagai juadah ringkas yang halal kepada pengunjung.
Tetapi harus diingat, anda perlu rajin bertanya!
Antara yang menarik di sini ialah jagung bakar, stinky tofu dan ubi kentang salai.
3. Chang's Beef Noodle & Master Fried Chicken
Master Fried Chicken merupakan francais makanan segera halal terbesar di Taiwan. Jadi, jangan risau kerana semua ayam yang digunakan disembelih dan halal.
Sama juga Chang's Beef Noodle! Restoran makanan halal ini juga menyediakan pelbagai juadah lain yang sangat sedap dan menyelerakan.
Juga, berdekatan dengan Amba Hotel Ximending yang terletak di pusat bandar dan dikelilingi deretan kedai seperti di Bukit Bintang.
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Dapat makan seafood berbintang Michelin & bertugas di gerai ayam goreng • Kami dibawa ke sebuah restoran makanan laut yang terkenal di Taiwan untuk makan tengah hari. Pengurus di sini dengan bangganya berkongsi dengan kami bahawa mereka pernah dikunjungi Tom Cruise sebelum ini. Tapi ‘abalone’ tu Tom Cruise tak berani makan, saya OK je. Tu yang kita ajar dia cakap “bagus untuk jantan”! Haha! . Kemudian, ada cabaran menyediakan ayam goreng di Fried Chicken Master, satu2 nya jenama fast food di Taiwan yang halal. Sedap!!! #timefortaiwan #funtaipei #terokahalalditaiwan . ?Really Good Seafood, No. 222, Section 1, Fuxing South Road, Da’an District, Taipei City, Taiwan 10666 . ? Fried Chicken Master. No. 1, Jingmao 2nd Road, Nangang District, Taipei City, Taiwan 115 (ada banyak cawangan)
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
4. Ice Monster & Jingimoo Dessert Shop
Tak lengkap percutian anda ke Taiwan sekiranya tidak mencuba sendiri hidangan pencuci mulut seperti 'shaved ice'.
Dua restoran ini menyediakan seleksi 'shaved ice' yang boleh buat anda rambang mata. Memang sedap!
5. Kuoyuanyi Pastry Shop
Nanas merupakan buah yang paling popular di Taiwan. Pelbagai juadah seperti pencuci mulut berasaskan nanas sangat popular di negara itu.
Kuoyuanyi merupakan kedai pastri tertua di Taiwan dan tat nanas menjadi hidangan popular di sana. Cubalah!
Jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan khas Pusing Pusing Taiwan bersama Datuk Fazley Yaakob di Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024